Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, sebagai seorang yang hebat berpidato, Anwar sepatutnya boleh berhujah dengan panjang lebar mengenai perkara itu dan bukannya bertindak menyaman Nallakaruppan.
Di dalam dunia ini ada manusia bodoh sombong dan ada juga manusia pandai tetapi tidak cerdik.
Di antara berdebat dan menyaman yang mana lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah? Berdebat tidak ada keputusan kalah-menang atau pun betul-salah. Keputusan hanya berlegar dengan persepsi masyarakat dan tafsiran masing2. Tidak ada kesan dari segi undang2. Hasil atau kesan dari berdebat tamat begitu sahaja. Kebenaran atau pembohongan masih gagal di buktikan dengan jelas dari segi undang2. Perbuatan memfitnah masih dapat diteruskan. “Mahkamah” berdebat tiada ada hakim yang boleh menjatuhkan hukuman atau denda!
Menyaman ada kaitan dengan undang2 yang sah dari segi perlembagaan untuk membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak. Menyaman mempunyai kesan undang2 jika diadili dengan jujur dan amanah oleh mahkamah. Mahkamah adalah tempat yang sah dari segi perlembagaan negara untuk membolehkan seseorang itu mendapat keadilan. Keputusan mahkamah ujud sama ada dihukum dengan penjara atau lain2 hukuman atau didenda dengan wang. Mahkamah ada hakim yang sah yang dilantik oleh kerajaan.
Berdebat boleh merapu. Menyaman kena ada bukti. Tiada bukti, siapa yang berani hendak ke mahkamah?

‘Perkuburan 1Malaysia’ ada di kawasan Najib?
ReplyDeleteKUALA LUMPUR, 14 April: Penulis blog, Anak Sungai Derhaka menyebut gara-gara taksub dengan konsep ‘1Malaysia" yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, akhirnya agama Islam itu sendiri menjadi carca merba.
...
Sehubungan itu, beliau di dalam blognya, http://darisungaiderhaka.blogspot.com/ membongkarkan berita panas yang untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia kenapa perlu mereka menolak Umno BN pada Pilihan raya Umum akan datang.
Tulisnya, jika rakyat terus membiarkan mereka berkuasa, maka akhirnya agama akan terus diperkotakkatikkan sesuka hati oleh mereka yang berkuasa.
“Terbaru, kami berjaya membongkarkan sebuah kawasan tanah perkuburan ‘1Malaysia’ di Parlimen Pekan iaitu kawasan Najib itu sendiri.
“Sungguh mengejutkan apabila tanah perkuburan di Tanjung Agas itu menempatkan kubur Islam, Budha dan Kristian dalam satu kawasan tanah perkuburan, tanpa ada perasaan bersalah oleh pihak terbabit,” tulis beliau.
Menurutnya, selama ini ramai di kalangan mereka yang lalu lalang di sekitar kawasan terbabit tidak perasan dengan lokasi berkenaan.
Memang, katanya banyak kawasan seperti itu terdapat di sepanjang jalan dari Pekan ke Rompin, namun difahamkan ia melibatkan kubur Orang Asli.
“Namun, apa yang berlaku di Tanjung Agas ini agak menakjubkan, kerana ia bukan tanah perkuburan orang Asli tetapi juga menempatkan kubur orang Islam biasa.
“Soalnya sekarang, apakah Najib sedar dengan apa yang berlaku ini?” soalnya.
Justeru, katanya tidak timbul persoalan mereka iaitu orang Islam itu adalah Orang Asli atau tidak.
Apa yang penting mereka telah memeluk agama Islam, malah terdapat nama pada batu nisah tertera "Kechik Binti Muda" (kiri) yang letak bersebelahan dengan jirat Cina (bukan Islam).
Malah, tulisnya lagi terdapat juga kubur-kubur orang Kristian lain di kawasan terbabit.
Menurutnya, umum mengetahui bahawa kawasan Tanjung Agas itu kini majoritinya didiami oleh warga Kemboja yang diimport sebagai ‘pengundi tetap’ Najib di Parlimen Pekan.
Makanya, ujar beliau kemungkinan besar kubur Islam yang terdapat di situ ialah adalah orang Melayu Islam Kemboja.
“Anehnya, kenapa perkara ini terjadi?" tanya beliau.
Beliau juga mempersoalkan ke mana perginya Jabatan Agama Islam Pahang dan Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang yang sepatutnya memantau kegiatan seperti itu.
Baginya, ternyata apa yang berlaku itu sungguh memalukan dan amatlah mengecewakan umat Islam sebenarnya, tambahan pula ia terjadi dalam kawasan PM, Najib Razak.