Saturday, 28 April 2012

UMNO KUASA YANG SEMAKIN LEMAH DAN AKAN MUSNAH

UMNO BN semakin lemah dan terus lemah. Ajal manusia tidak siapa pun tahu tetapi ajal UMNO BN insyaAllah dengan izinNya kita boleh ramalkan bahawa hayatnya begitu hampir ke lubang kubur.

Oleh kerana ajalnya boleh diramal maka nyawa pemiliknya UMNO BN akan berusaha bermati2an untuk terus hidup dan berkuasa.

Tetapi apakan daya masa untuk menyesal sudah pun terlambat kerana semasa berkuasa dahulu mereka lupa daratan. Apakah talian hayat yang boleh menyelamatkan mereka? Tidak lain dan tidak bukan mesti membuat penipuan di dalam pilihanraya 13.

Caranya telah terbongkar iaitu dengan membiarkan orang yang telah mati masih di dalam senarai, mengandakan atau mengkelonkan nama2 pengundi sehingga menjadi bertindih2 dan beranak pinak, membeli atau mengadai maruah merayu kepada pendatang tanpa izin untuk “meminjam” nama mereka sebagai pengundi selain dari undi pos. “Meminjam” nama pendatang izin dengan mengeluarkan kad pengenalan sementara atau terus kekal adalah satu perbuatan penghianatan kepada bangsa Melayu, Islam dan  negara Malaysia .

Jangka pendek memang UMNO BN boleh menang dan berkuasa. Jangka panjang mereka sebenarnya akan tewas dan akan jadi  penghianat kepada anak cucu mereka sendiri. Mereka akan dikutuk oleh generasi akan datang kerana mengadai negara, Melayu dan Islam. Adakah menipu boleh menjadi alasan darurat untuk mempertahankan kuasa  yang disalah gunakan kuasa semasa merintah dahulu. Bolehkah kesalahan salah guna kuasa dahulu rakyat  maafkan?

 Jawapannya sudah terlambat dan UMNO BN wajib disingkirkan jika mahu melihat Melayu dan Islam terus ujud di muka bumi Malaysia ini. Perbuatan menipu, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa adalah haram di dalam Islam. Perbuatan terkutuk ini wajib diperangi dengan apa cara sekali pun dan apa lagi yang mampu kita buat? Teguran demi teguran telah dibuat tetapi jatuh ke atas teliga pekak badak! Keputusan yang bijak terpaksa mengadakan BERSIH 3.0 dan seterusnya BERSIH yang bersiri2 sehingga tertewasnya kuasa UMNO BN.

Ini tidak pernah terfikirkan oleh pengikut2 UMNO kerana mereka menyokong membabi buta ibarat sekumpulan lembu yang mempunyai ketua yang tempang tetapi gagal memikir atau menegur ketempangan ketua kerana otak  tidak boleh berfikir secara kritikal(Critical thinking).
Hadis Nabi s.a.w ada mengatakan jadilah kamu orang yang bijak. Apa itu bijak? Orang yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk mati dalam keadaan beriman dan beramal soleh.

No comments:

Post a Comment