Manusia itu bersih dari segi pemikiran, perbuatan dan niat semasa dilahirkan. Memang itulah fitrah manusia. Bila proses membesar berlaku manusia belajar dari guru2 yang ramai jumlahnya. Di antaranya ada guru yang profesional dan ada guru yang tidak professional. Mereka terdiri dari ibu bapa, kawan disekeling, guru sekolah, kerajaan yang memerintah, TV, akhbar dan pelbagai sumber maklumat lain. Ada juga kita dengar manusia hilang semasa kecil dan temui dalam “masyarakat beruk” maka perangai beruklah yang pelajari, mula dari berjalan, makan, minum, berkawan dan lain2.
Dalam proses belajar ini ada manusia yang senang atau cerdik belajar dan ada juga yang susah atau bengap belajar. Ada yang senang atau yang cerdik belajar hingga ke universiti tetapi akhirnya jadi penipu, pembelit dan sebagainya. Ada yang senang atau yang cerdik belajar hingga ke universitu tetapi masyaAllah menjadi orang yang betul2 orang.
Hendak menjadi orang yang betul2 orang ini bukanlah satu perkara yang mudah. Kawan2 atau musuh2 kita ramai disekeling. Ada di antara mereka berguru dengan dua guru. Satu guru manusia dan yang lagi satu berguru dengan jin, syaitan, hantu raya, pelesit, parasit dan ramai lagi mahluk jenis hantu. Hantu pun ada perbagai jenis dan keturunan. Bila tinggal di dalam 1 Malaysia ada pelbagai jenis2 mahluk yang menghuni di bumi Allah ini, dari jenis manusia atau pun dari jenis Jin. Mereka ini sentiasa berebut2 untuk menguasa kawasan bumi ini. Masing2 berlumba2 mencari tempat yang sesuai untuk keturunan masing2.
Bergaduh, berperang memang tidak dapat dielakkan. Itulah kehebatan Allah menjadikan mahluk manusia, diberi otak dan fikiran. Perbezaan manusia dengan haiwan, haiwan ada otak tetapi tidak ada fikiran, contohnya bodoh macam lembu. Sebodoh lembu pun bila nak dikorbankan keluar juga air mata dan meronta2 apabila melihat parang panjang yang tajam lagi berkilat sedang melapah kawan dia.
Tetapi apabila manusia yang ada otak tetapi tidak mengunakan fikiran, melalak, merempit, menipu dan sebagainya maka apakah manusia jenis ini kita hendak beri gelaran? Gelaran yang sesuai ialah mereka ini lebih bodoh dari lembu! Sebodoh2 lembu ada nilai daging, tulang dan hati perutnya, sebodoh manusia................Manusia yang bijak ada iman dan taqwa kepada Allah.
No comments:
Post a Comment