Friday, 27 April 2012

DI ANTARA "KECERDIKAN" DAN KECERDIKAN SEMULA JADI

Kadang2 pemimpin2 terperangkap dengan “kecerdikan” yang mereka miliki. “Kecerdikan” ini kadang2 mendedahkan kebodohan mereka yang sebenar. Pemimpin2 terperangkap dan mengadaikan prinsip jati diri kerana kedudukan atau pangkat.

Pemimpin2 ini dilatih dengan cara paling jahat dan tidak boleh keluar dari amalan ini kerana seronok dengan kuasa, harta benda dan wang yang melimpah ruah dengan secara haram tetapi amanah yang tidak amanah ini sebenarnya menjadi satu beban  dosa yang akan membawa mereka untuk hidup sengsara diakhirat nanti.

Pemimpin2 agama Islam, menteri2, dan lain2 pemimpin yang  dipertanggungjawap mengurus dan mentadbirkan di bumi ini mengangap anugerah ini satu peluang untuk hidup senang lenang di dunia dan kehidupan di akhirat kelak di dalam neraka itu hanya perkara mudah sahaja.

Iman dan taqwa semakin menipis dan ada yang kelihatan sudah terkeluar dari akidah Islam yang sebenar. Mereka mempertahankan kemungkaran seolah2 kemungkaran ini jika dihalang akan merugikan kepentingan mereka yang selama ini hidup dalam bergelumang dosa.

Begitulah nasib umat Islam hari ini. Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa termasuk menipu dalam pilihanraya mereka menggangap kerja yang mulia untuk meneruskan kuasa yang haram. Hasil dari kerja yang haram atau rezeki yang haram membesar anak2 dan isteri dalam keadaan yang mendapat laknat Allah swt dan hasilnya ujud orang2 Melayu yang rosak akhlak dan jauh dari perintah Allah.


No comments:

Post a Comment