Monday, 9 April 2012

TANGGUNG JAWAB BILA MENJADI KERAJAAN

Pembangkang memang tidak bertanggung jawab di atas apa2 pun sekarang ini kerana pembangkang bukan lagi kerajaan. Pembangkang cuma memberi jaminan jika pembangkang menjadi kerajaan selepas PRU barulah pembangkang akan hapukan  PTPTN. Bagaimana seorang TPM boleh bercakap songsang!
Kata TPM jika cadangan hapuskan PTPTN dilaksanakan akan menimbulkan masalah besar kepada orang ramai untuk membiayai pendidikan anak2 mereka, adalah satu kenyataan pelik dan kurang cerdik.
Sepatutnya TPM kena kata jika cadangan hapuskan PTPTN dilaksanakan, ini akan menyelesaikan masalah besar kepada orang ramai kerana pembiayaan pendidikan anak2 mereka menjadi PERCUMA.
Membuat manifesto atau memberi cadangan adalah perkara biasa kepada sesiapa pun. UMNO BN pun telah membuat manifesto dan memberi cadangan yang bukan2 seperti:-
Memperkenalkan SBPA yang akhirnya dibatalkan setelah mengeluarkan kos berjuta2 tetapi gagal dilaksanakan!
Memperkenalkan kedai 1 Malaysia dan menu 1 Malaysia dengan menawarkan harga barangan dan makanan murah! Subsidi kedai2 ini siapakah yang membayarnya kalau bukan rakyat. Murah bukan wang kocek menteri biayai! wang rakyat. Rakyat kena tipu lagi.
GST(Cukai barangan dan perkhidmatan) akan dikenakan jika UMNO BN menang dalam PRU 13 ini.

Kesianlah kepada rakyat 1 Malaysia, kami belum lagi dapat pendapatan tinggi yang kerajaan idam2kan. Kami kais pagi, makan pagi kais petang simpan untuk makan besok! Menteri2 dan kroni2 kais projek pagi boleh makan sehingga ke anak cucu bertahun2!

No comments:

Post a Comment