Monday, 23 April 2012

PUNCA PERPECAHAN UMAT ISLAM

Tibai juga boleh membawa maksud Terima individu bernama Anwar Ibrahim atau Tibia yang membawa maksud Tolak individu bernama Ibrahim Ali! Umat Melayu bersatu di bawah Pakatan Rakyat, MCA, Gerakan, MIC untung dan UMNO hancur.

Modal politik UMNO, PERKASA dan JATI semakin mentikus kerana kucing semakin berani mengelidah semua lubang milik UMNO BN.

Menteri2 UMNO BN semakin takut dan gelisah dengan pembongkaran rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, skandal wang, harta benda dan wanita.

Begitu juga dengan YB2 BEBAS yang melompat seperti katak yang tidak bebas kerana diikat oleh RM terpaksa bersetongkol untuk menegakkan kemungkaran.

Alang2 menyelok PEKASAM biar sampai ke ketiak! Kuasa memerintah semakin lemah dan jika menang akan menjadi arang jika kalah akan menjadi ABU(asal bukan UMNO)

Kematangan berfikir semakin menjadi seperti budak belum baligh yang bercakap merapu kerana tidak pergi belajar atau malas untuk belajar dan suka ponteng sekolah. Tindakan jelas menampakkan kekeringan buah fikiran dan otak digunakan untuk berfikir bagi memenuhi tuntuntan nafsu jahat. Pemikiran kritikal(critical thinking) lenyap dan diganti dengan  pemikiran budak hingusan, bertindak ikut nafsu bukan mengikut akal!

Maklumat positif dan negatif gagal diproses untuk membuat keputusan bijak tetapi maklumat diproses mengikut nafsu syaitan dan akhirnya keputusan boleh memusnahkan diri sendiri atau kumpulan atau kelab yang berpenghunikan terdiri dari manusia dan syaitan. Mereka saling menghasut dan bekerja sama untuk memusnahkan iman dan amalan manusia. Islam bukan lagi menjadi amalan yang dipegang tetapi amalan syaitan yang telah diketahui menjadi musuh yang nyata tetapi masih berkawan dan memeluknya siang dan malam itu yang menjadi ikutan.

Apa kesudahan Melayu dan Islam? Siapakah yang akan datang untuk menyelamatkan manusia terpesong ini dari terus tersesat? Jawapannya telah tiba dunia akhir zaman bila Islam hanya tinggal nama dan amalannya menjadi asing. Saudara seagama menjadi musuh kerana membela kemungkaran diangap baik dan membela kebaikan diangap jahat. Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa diangap amalan yang baik. Penentang rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa diangap amalan yang jahat.

No comments:

Post a Comment