Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata kepada The Malaysian Insider, bekas Presiden Majlis Peguam itu Datuk Ambiga Sreenavasan telah terlalu jauh menyimpan dari perjuangannya dan Wira Perkasa telah memberi amaran kepada umat Islam agar tidak menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya yang bebas dan adil 28 April 12 ini kerana ia diketuai oleh Datuk Ambiga Sreenavasan, yang menurut mereka anti-Islam dan “pengkhianat” bangsa.
Perkasa boleh menipu orang2 UMNO tetapi tidak boleh menipu orang2 PR. Siapa dia Perkasa? Alat UMNO tetapi berlindung disebalik NGO.
Siapakah penghianat bangsa Melayu yang sebenar kalau bukan UMNO?
Siapakah penghianat kepada kebangkitan Islam kalau bukan UMNO?
Penipuan di dalam pendaftaran SPR tidak boleh ditegur? Ini bermakna perbuatan terkutuk dan berdosa dianggap halal oleh Perkasa?
BERSIH 3.0 tidak ada kena mengena dengan Islam dan juga Melayu. Ia adalah satu bantahan ke atas perbuatan curang dan penyelewengan oleh kerajaan dan SPR tentang pendaftaran pengundi asing dan pengundi hantu. Orang2 Islam dan bukan Islam WAJIB bangun menentang penipuan dan kemungkaran ini.
Jika pengerusi BERSIH 3.0 dipegang oleh orang Melayu Islam, puak2 Perkasa ini juga akan menentang dan akan memberi alasan yang serupa? Inikah perjuangan untuk menegak Islam yang mereka laungkan? Semakin lama semakin terselah sifat hikporasi mereka.
No comments:
Post a Comment