Friday, 6 April 2012

ISU LOKASI MENJADI MODAL POLITIK TERDESAK

Isu pusat pengagihan besi yang bernilai RM4.3 bilion yang sedang dibina di Teluk Rubiah, Manjung, Perak 1 Malaysia oleh Marketing and Global Commercial of Vale, Brazil.
Siapa yang bercakap bohong dan apa isu yang sebenarnya sedang berlaku?
Ceritanya senang dan ringkas sahaja. Isu yang sebenar lokasi yang dicadangkan oleh Nizar semasa PAS berkuasa ialah di Tanjung Hantu, Bagan Datoh. Bila UMNO rampas kuasa lokasi ini berpindah ke Teluk Rubiah. Yang  Zamry kecoh ini bukan cerita penyelewengan tetapi cerita berpindah lokasi dan bukan soal salah guna kuasa atau salah pelaburan!
Yang jadi masalah sekarang  Zamry  telah pusing cakap mengatakan  Nizar yang tandatangan surat Dec 17 2008 menyokong Vale bina projek ini di lokasi Teluk Rubiah! sedangkan  Nizar cadangkan di Tanjung Hantu Bagan Datoh!  Nizar meminta  Zamry kemukakan butir2 surat perjanjian Zamry dengan Vale berhubung dengan lokasi yang Zamry cadangkan di Teluk Rubiah tetapi Zamry tidak dapat kemukakan. Nampak jelas Zamry sembunyi sesuatu!
ADUN Setiawan Datuk Ngeh Koo Ham juga menyoal DS Zamry bagaimana projek yang dicadangkan PR oleh DS Nizar di Tanjung Hantu berpindah ke Teluk Rubiah?
Alasan Nizar projek ini tidak dapat dibuat di Teluk Rubiah ialah kerana ramai pihak yang terjejas seperti  nelayan, kampung2, tempat janakuasa TNB dan juga kem tentera laut.
Rahsia yang sebenarnya ialah kenapa Zamry beria2 benar hendakkan juga projek ini dibina di Teluk Rubiah? Sebab tuan pemilik tanah ini tersangkut dengan hutang dan kerajaan negeri “menolong kroninya untuk mengatasi hutangnya. Itulah ceritanya.

No comments:

Post a Comment