Allah telah menetapkan sesuatu hukum itu berdasarkan kesan kepada sesuatu perbuatan itu. Itulah yang dinamakan hukum hudud dan qisas. Perbuatan mencuri jika disabit kesalahan dikenakan hukuman potong tangan. Hukum murtad disabitkan kesalahan dikenakan hukuman bunuh. Tetapi hukum memfitnah termasuk menuduh berzina,meliwat, Allah tetapkan wajib ada 4 saksi yang beriman lagi bertaqwa. Di zaman ini ke...rana kerajaan yang ada tidak diberusaha mendidik rakyat menjadi orang2 yang beriman lagi bertaqwa, maka ketiadaan saksi2 ini tidak boleh menjadi alasan, kononnya bagaimana hendak mendapat saksi yang disyaratkan ini di zaman ini? Kenapa hukum zina. liwat ini Allah menetapkan syarat2 yang ketat sehingga wajib ada 4 saksi? Sebab kesan perbuatan ini hukumnya sangat berat, 100 sebatan dan rejam sehingga mati. Untuk mengelakan hukuman ini dij...atuhkan sewenang2nya oleh orang2 yang tidak jujur dan amanah, selain boleh mengaibkan peribadi seseorang, Allah yang maha adil lagi maha berkuasa memerintahkan manusia wajib mengikut apa yang telah Allah tetapkan. Manusia mempunyai maruah dan jika maruah ini dipermain2kan boleh mendatangkan keburukkan kepada mereka yang terlibat di dalam masyarakat. Orang ramai tidak boleh sewenang2nya menuduh fitnah ini berdasarkan cakap2 orang atau cerita atas cerita. Hukumnya haram dan orang2 ini akan mendapat saham sebagaimana orang yang memfitnah, ia itu sama besar dosanya.
Oleh itu perkara fitnah zina, liwat ini jangan dipermainkan kerana kita benci seseorang itu. Allah akan menyatukan hati orang2 yang sebegini dengan hati orang2 membuat fitnah. Walaupun mereka tidak terlibat dengan memfitnah orang tetapi menyokong fitnah ada berdosa besar.
Setuju..tpi mcm mane pulak ble ada Si A yang melihat gambar aksi Si B yg sgt menghairahkan dan boleh ke arah melakukan sex dan selepas itu terus memutuskn Si B telah melakukan zina, walaupun tiada gmbar persetubuhan?Apa hukuman akn jatuh kepada orang yg buat tuduhan bgitu,adakah die dikategorikan orang yg membuat fitnah?
ReplyDelete