Saturday, 28 April 2012

AKTA CIPTAAN MANUSIA

Akta ciptaan manusia. Akta juga dicipta mengikut keadaan yang dikehendaki oleh pemerintah semasa. Kadang2 akta juga tidak adil. Akta dicipta berdasarkan menjaga kepentingan pihak pemerintah dan akta juga boleh dihapuskan apabila bertukar pe...merintah. Oleh itu jangan salahkan rakyat kerana melanggar akta. Begitu juga mahkamah digunakan untuk mendapat perintah bagi memenuhi kehendak pemerintah. Jika pemerintah sendiri salah gunakan akta adakah rakyat harus dipersalahkan. Adakah ini yang dikatakan kuasa rakyat(people's power?)

Kenapa ujudnya perhimpunan atau demonstrasi? Jawapannya bila suara rakyat tidak didengar atau dipekakkan oleh pemerintah. Pemimpin2 berpura2 berbuat baik dengan pengundi apabila tiba musim pilihanraya tetapi bila menang bertukar menjadi diktaktor dan menindas rakyat!

Dalam mana2 perhimpunan walau pun beratus2 ribu orang yang mengambil bahagian selagi polis tidak bertindak ganas para peserta tidak akan bertindak ganas juga. Manusia ada perasaan bila berlaku tindakan ganas polis atas nama undang2 yang dicipta untuk memerangkap rakyat, maka rakyat akan ketepikan undang2 kerana perasaan marah telah menguasai diri masing2. Selagi undang2 yang dicipta tidak membawa keadilan kepada rakyat, maka undang2 yang berat sebelah ini akan menjadi modal pemerintah yang zalim untuk menghukum rakyat atas alasan rakyat melanggar undang2!

No comments:

Post a Comment