Wednesday, 11 April 2012

PTPTN TIBA2 MENJADI HERO

PTPTN  sudah lama perlaksanaannya. Sebelum ini tiada siapa yang hendak menentang. Kalau ada di antara kita yang hendak menentang , apakah saluran yang sesuai kita hendak gunakan atau bangkitkan isu ini. Adakah kerajaan UMNO BN hendak melayan desakkan rakyat yang menentang isu ini. Rakyat telah banyak pengalaman bagaimana sesuatu isu itu jika ditentang di tengah jalan(sebelum PRU) tidak akan memberi kesan.

UMNO BN selama ini pun tidak kisah dengan PTPTN kerana mereka menganggap rakyat Malaysia telah bersetuju dengan skim pinjaman ini. Rakyat tidak ada pilihan melainkan bersetuju kerana kalau tidak bersetuju bermakna anak2 tidak dapat ke universiti kerana tidak mampu. Tetapi dalam bersetuju paksaan ini, rakyat menaruh harapan suatu hari nanti anak2 akan mendapat bantuan percuma untuk masuk ke universiti.

Tiba2 bila hampir PRU 13 PTPTN menjadi satu isu yang sangat penting, dan menjadikannya mimpi yang mengerikan kepada UMNO BN kerana PR telah menawarkan satu pilihan yang menakut mereka  ia itu mansuhkan PTPTN.
Isu PTPTN ini boleh menumbangkan kerajaan UMNO BN terutamanya undi penuntut2 IPT akan beralih kepada PR.

Selain dari isu PTPTN, isu PLKN, isu TOL, BERSIH SPR, Lynas, isu cukai barangan(GST) dan pelbagai isu lain yang telah menjadi perbualan dan rugutan rakyat berhubung kehidupan semasa yang sangat membebankan terutamanya lebih dari 60% yang terdiri rakyat yang berpendapatan rendah terlibat.

UMNO BN terpaksa bangun dari tidur yang lama kerana sekarang telah dijangkiti sejenis penyakit tidak boleh tidur (insomnia). Nyamok(rakyat) sedang kacau dengan gigitan yang berbisa dan berlegar di lubang telinga.

Maafkan kami(UMNO BN) kerana selama ini kami telah banyak membuat kesalahan! Kerana banyak membuat kesalahan, rakyat tidak boleh meminta maafkan, kecuali kamu disingkirkan atau dikuburkan!

No comments:

Post a Comment