Artis sertai Umno untuk balas budi, kata Pengerusi Tetap UMNO Datuk Badruddin.
Inilah yang dikatakan anak bapa. Bapak borek anak rintik. Artis2 adalah mereka yang ada bakat menyanyi atau berlakun. Mereka menjadi artis kerana hendak mencari glamor atau wang. Menjadi artis juga mesti ada batasan2 tertentu kerana ramai artis adalah dikalangan orang2 Melayu Islam. UMNO gagal mendidik artis menjadi ikutan masyarakat yang berteraskan Islam. Kebelakangan ini mereka menjadi lebih barat dari barat tanpa berfikir mereka Melayu Islam. Menjadi artis tidak semesti kena jadi mat saleh. Pakaian wanita, dialog, jalan cerita mestilah membawa kepada kemajuan kehidupan manusia ke arah Islam. Pakaian wanita mesti menutup aurat kerana ini perintah Allah. Cerita hantu yang tidak membawa menafaat kecuali hiburan semata2 mesti dihentikan. Filem yang berbentuk mat rempit juga mesti dihentikan. Adegan2 mat rempit di dalam filem yang di kelirukan(camera tricks) ini akan ditiru oleh mat rempit yang bodoh akhirnya ramai yang mati katak.
Kita tidak boleh menyekat sesiapa pun menjadi artis kerana zaman telah berubah. Apa yang kita boleh lakukan sesiapa sahaja yang hendak menjadi artis mesti dalam skop ajaran Islam. Sejak kebelakangan ini ramai artis yang telah berubah. Mereka telah ada kesedaran Islam dan hendak kembali kepada Islam walau pun terpaksa mengorbankan segala keseronokan yang berbentuk duniawi yang dididik oleh UMNO selama 55 tahun dan akibatnya akan membawa mereka ke neraka jahanam kalau tidak bertaubat nasuha.
Memang ramai artis yang sukakan UMNO tetapi sudah ramai artis yang meluat dengan UMNO. Jumlah artis yang berpaling tadah juga semakin ramai. Ini menunjukkan PAS bukan ajaran sesat seperti yang didakwa oleh MB Terengganu dan mereka akan menjaja ke seluruh negara untuk memberi penerangan kepada rakyat dalam wacana: PAS parti ajaran sesat. Bila rakyat semakin cerdik mereka akan ludah kepada UMNO siapa yang sesat sebenar sesat sehingga ajaran sesat dan murtad yang sebenarnya di bawah pemerintah UMNO sehingga sekarang tidak dapat dibenteraskan!
Apa yang kita boleh harapkan dari UMNO untuk menjaga Islam, Melayu?
No comments:
Post a Comment