Friday 22 February 2013

BILA MANUSIA TIADA IMAN DAN TAQWA

Di zaman Nabi Muhammad saw, baginda tidak menabur wang untuk panggil orang Arab masuk Islam. Begitu juga dengan akhlak, baginda menunjukkan contoh yang mulia untuk mengajar akhlak. Baginda juga tidak menabur wang untuk mendapat sokongan  untuk mendapat pengiktirafan sebagai Rasul. Baginda juga tidak menunjukkan keghairahan untuk menjadi pemimpin dunia yang berbentuk keduniaan dengan membolot harta benda dan kuasa untuk menjadi pemerintah. Nabi saw, manusia yang paling agung yang Allah swt hantar kepada manusia untuk mengajar iman dan taqwa, bukan untuk mengumpul harta kekayaan seperti pemimpin2 sekarang. Hari ini pemimpin2 UMNO bukan mengajar iman dan taqwa kepada Melayu Islam tapi mengajar merebut harta dunia sehingga berlaku rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Wang menjadi bahan umpan untuk mendapat sokongan dan kuasa yang didapati juga bukan kuasa halal tapi kuasa haram dengan cara menipu dalam PRU dan bila mendapat kuasa, negara tidak ditakbir dan diuruskan dengan bersifat jujur dan amanah, negara jadi porak peranda dan tidak ada keberkatan dalam ekonomi.

Barang2 makanan bertambah mahal, begitu juga tol, PTPTN dan lain GLC diurus dengan memperkayakan kroni, kesannya rakyat menderita menjadi mangsa oleh pemimpin2 yang rakus. Rakyat terpaksa membeli barang2 makanan dan membayar perkhidmatan syarikat seperti TNB, TM, Air dengan harga yang mahal. Penswastaan bukan membantu rakyat atau meringankan beban perbelanjaan rakyat tapi memperkayakan kroni dan menteri2 dan semua wakil2 rakyat hidup senang lenang, Peruntukan untuk rakyat di songlap oleh mereka ini, kampung2 terus mundur, parit tersumbat, jalan berlubang sana sini dan mereka yang terlibat dengan projek bersetongkol dengan kontrakor kroni untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan sampai kepada rakyat hanya 10-20% dari peruntukan asal, yang lain habis difaraid semasa kroni.

Ini adalah realiti yang dan UMNO tidak boleh sorok perkara yang jelas berlaku ini.. Setelah merdeka 55 tahun dan kerajaan UMNO BN tidak boleh menutup salah laku ini kerana yang mendedahkannya ini semua adalah ketua audit negara dan cerita2 benar yang berlaku disekeling kita. Hari ini kerajaan UMNO BN telah mengunakan TV dan media untuk menabur fitnah, mereka yang terlibat dengan fitnah pembohongan fakta semuanya diketahui umum, dan rakyat semakin cerdik menilai terutamanya mereka yang berpendidikan tinggi. Hanya mereka yang berpendidikan tinggi yang tidak sedarkan diri saja yang bersetongkol dengan pemerintah terus menerus menipu rakyat. Inilah mereka yang digelar manusia buta hati, pekak telinga dan bisu mulut dan Allah swt telah menterai pintu hati untuk bercakap benar.

 


Tuesday 19 February 2013

UMNO PARTI YANG GAGAL



Umat Islam sibuk dgn isu kalimah Allah, boleh ke tak boleh ke kalimah ditulis dalam bible Melayu? Kalimah Allah tidak akan jadi isu jika semua umat Islam beramal dengan ajaran Islam yang sebenar. ada orang yang mengaku Islam kata, apa nak ditakutkan kalau iman kita mantap? Memang benar, inilah yang berlaku di zaman Nabi saw. Nabi saw sebagai ketua negara mengajar sahabat2 te...ntang iman, amal dan yakin kpd Allah. Hari kita hanya boleh cakap, apa nak takut kalau iman kita mantap, tapi siapa hendak mengajar kita supaya iman mantap? Kalau Nabi saw sebagai ketua negara, sekarang mungkin PM atau Presiden, boleh kah Najib sebagai PM mengajar kita bagaimana hendak memantapkan iman dalam keadaan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa? Adakah ketua2 kita terutaman UMNO yang ada contoh iman mantap? Kalau mereka ini iman mantap masakan, ...ada judi, arak, zina, tidak solat dan bukti yang tak dapat dinafikan, dalam penjara, pusat serenti, pusat judi, hiburan campuran lelaki perempuan umat Islamlah yang paling ramai terlibat dan semuanya Melayu! bersepah dan gagal dibenteras walau pun sudah merdeka 55 tahun! Hari ini Kristian sudah memerangkap umat Islam dengan kalimah Allah, kerana apa, dalam perlembagaan menyatakan semua rakyat bebas menganut agama dan Islam adalah agama rasmi Malaysia saja. Klaus ini bukan clause hukum Islam, ini clause ciptan Lord Reid, dan kesannya dengan kelemahan ini orang bukan Islam akan menentang habis2 untuk mendapat hak mereka. Siapakah yang bodoh, kalau bukan Melayu Islam yang menentang hudud? Sekarang Allah swt cabar umat Islam yang jenis munafik ini untuk melawan tuntutan Islam terhadap Allah yang sebenar. Mereka boleh melanggar undang2 yang hanya ciptaan Load Reid, untuk mendapat hak mereka, adakah umat Islam berani tampil menentang dengan mengunakan udang2 yang sama? Mustahil akan menang!

Thursday 14 February 2013

BEZA ULAMA BAIK DAN ULAMA JAHAT



Ulama yang faham Islam tak payah diajar parti mana nak pilih. Ajaran yang sebenar adalah taufik dan hidayat dari Allah swt. Hidayat sangat mahal sebab itu ulama dahulu mereka cukup pegang teguh dengan pemberian Allah swt ini kerana nilainya bukan di dunia yang sementara ini tapi untuk diguna di akhirat tanpa ada sekatan masa, selama2nya. Umur kita dalam lingkungan 60, 70 tahun ini, dengan syurga Allah swt yang maha hebat ini tidak ternilai kalau diukur dengan amalan di dunia. Sebab itu nak masuk syurga bukan dengan amalan tapi dengan rahmat Allah swt. Orang Islam yang beriman lagi bertaqwa yang Allah swt berfirman dalam al-Quran tidakkah kamu berfikir disebut banyak kali, adalah untuk menyedarkan manusia betapa bernilainya iman dan amal dalam kehidupan. Orang yang boleh berfikir dikira orang yan...g cerdik lagi bijak. Maksudnya bila jadi pemimpin ada rasa takut kepada Allah swt untuk membuat maksiat seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Bila memilih pemimpin ada rasa takut kapda Allah swt dan pilih pemimpin yang beragama Islam, beriman, bertaqwa. Inilah ciri2 pemimpin dan juga rakyat yang akan berjaya di dunia dan di akhirat. Kalaulah maksiat yang sedang berlaku di depan mata tapi masih kata Malaysia adalah negara Islam contoh, ini namanya bodoh murakat(berkatat). Bila ulama pun tak nampak seperti orang2 beriman lagi bertaqwa nampak, ulama itu dipanggil ulama jahat, ulama jahat ini ada dimerata2 tempat seperti pfofesor kangkong, dimana ada wang dan ganjaran di situ mereka menjalar. Mereka cakap takutkan Allah swt tapi dalam masa yang sama mereka merosak rakyat dengan bersetongkol dengan pemimpin2 maksiat. Are you ready for Psy, Yes and are ready for BN, No, mana nak letak muka pemimpin2 dan bakal2 calun ulama yang bermatian2 membela pemimpin2 maksiat?

Saturday 9 February 2013

UMNO PAS PKR PEMINTA SEDEKAH POLITIK


Dr. M kata Melayu UMNO, PAS DAN PKR PEMINTA SEDEKAH POLITIK.

Dr M: Struggle for PM post dividing Malays, empowering minorities.

 

Memang ada kebenaran kerana Melayu sama ada dalam UMNO, PAS atau PKR, terpaksa akur sokongan bukan Melayu pada zahirnya akan menentukan kemenangan sama ada BN atau PR. Hakikat sebenarnya Allah swt yang maha berkuasa lagi maha mengetahui.

Punca utama kejadian aneh ini berlaku berpunca dari persetujuan untuk kemerdekaan. Inggeris telah beri syarat2 untuk merdeka kemudian diikuti oleh mereka yang gila kuasa bukan gila kemerdekaan menjadi ketua menerima membabi buta, atas nama mencari nama dan parti walau pun ada di antara syarat2 ini akan menjerut Melayu dan telah terbukti dalam PRU dan paling sengit PRU 13 ini.

Hasil kelemahan Melayu, Singapura terkeluar dan diikuti Batu Putih kalah dalam mahkamah antarabangsa yang dikuasai Yahudi. Melayu jadi buntu kerana Allah swt menentukan mereka menjadi begitu kerana menjadi Islam dalam masa yang sama menjadi pengikut Inggeris dari segi kehidupan, pakaian dan lain2.

Siapakah yang patut disalah bila keadaan terdesak. UMNO BN juga yang beria2 hendak berkongsi kuasa dan sekarang masing2(semua Melayu) terpaksa melutut atau menjadi peminta sedekah politik dan ditambah dengan kelemahan perlembagaan Malaysia itu sendiri semakin digunakan oleh bukan Islam dan bukan Melayu untuk mendapat hak mereka. Adakah 55 tahun akan datang Melayu dan Islam boleh bertahan seperti sekarang, jawapannya ada di tangan2 pemimpin2 Melayu Islam. Inilah akibatnya bila Islam dipermain2kan oleh umat Islam, tidak mustahil perancangan Allah swt untuk menukar bentuk Malaysia kepada bentuk lain, seperti Allah swt menukarkan Singapura satu masa dulu dikuasai Melayu Islam telah pun diganti dengan kuasa Cina kafir. Nauzubillah.

 


KEYAKINAN DGN KUASA ALLAH SWT ADA DI MANA?


Dari Nabi Adam as sehingga kini Allah swt sentiasa menguji iman manusia yang mengaku beriman. Iman semestinya 100%, tiada istilah iman seperti peperiksaan sekolah, dapat 99% dikira cemerlang. Bagaimana manusia  Allah swt ukur imannya?  bila ujian pelbagai bentuk dihantar kepada manusia yang dikendakiNya. Manusia telah dipesan oleh Nabi Muhammad saw, jangan kamu mensyirikkan Allah sama ada dalam keadaan kamu senang atau susah. Kadang2 iman diuji dengan perkara mudah, ini pun kita tak mampu meningkatkan tahap keyakinan, jika diuji ditahap susah, ramai yang tewas dan dengan mudah serah diri kepada syaitan sama ada yang dikenali atau tidak dikenali, seolah2 iman itu tersangat mudah dicari atau dibeli.

Zaman Nabi saw, keyakinan kepada Allah swt 100%, sanggup mati syahid dijalan Allah swt, sedangkan ada di antara mereka yang tersangat miskin dan yang tersangat kaya. Atas nama Islam mereka berjihad sama sahaja tidak ada perbezaan kerana iman yang disemai oleh Nabi saw tersangat mantap, tidak ada ruang untuk syaitan mengoda.

Iman umat Islam hari ini seperti kulit telur, ketuk sikit pecah. Keyakinan hanya cakap2 sahaja, bila diuji tersungkur, Solat kita hari jauh dari kekusyukan, bila mula saja solat syaitan datang mengoda, satu dunia kita nampak, terutamanya hal2 keduniaan wang, harta benda, kuasa, wanita dan lain2.

Kita tidak yakin dengan jihad kita kerana kita masih bergantung dan mengharapkan kepada mahluk. Walau pun kita telah diuji dalam PRU 12, PAS Perak tidak ada kelayakkan untuk menjadi MB tapi dengan kuasa Allah swt boleh menjadi MB. Allah swt menguji tahap keyakinan kita, tapi kita masih tak yakin kerana hati kita sememangnya, mulut kata yakin, hati kata tak yakin, ini kerana hati penuh dengan dunia walau pun kita adalah orang yang belajar Islam atau dipanggil ulama. Ulama sekarang pun hanyut dengan dunia, hanya dengan kebendaan ilmu Islam yang dipelajari menjadi alat untuk mendapat ganjaran dunia. Hari ini yang jahil dan yang berilmu lebih kurang sama saja bila wang ditaburkan, gelap seluruh dunia, iman bagaimana?

 


Wednesday 6 February 2013

BUKAN ISLAM SEMAKIN BERANI

Kenapa Perundingan Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) sekarang ini sudah bersatu pendapat hendak  mengunakan juga kalimah Allah ini dalam bible dan buku2 agama fahaman mereka? Semua persatuan atau perundingan  agama ini mensyirikan Allah. Hanya Islam sahaja mengaku Allah itu satu tapi semua agama lain yang ingin mengunakan kalimah Allah ini tidak bermaksud satu tapi misalnya Kristian 3 dalam 1 dan yang lain2 menyembah berhala.

Jawapannya mudah. Penganut Islam sekarang terlalu lemah dengan iman dan takqwa. Inilah masanya semua agama yang mensyirikan Allah bergabung bukan niat hendak mengunakan kalimah Allah sebagai pengiktirafan kepada Allah yang sebenar tapi inilah masanya  untuk menyampaikan dakyah mereka kepada umat Islam yang majoritinya sudah lalai dengan ajaran Islam dengan alasan, lihat semua agama guna nama Allah, tidak ada perbezaan dan inilah masanya untuk menegakkan prinsip kebebasan beragama. Masa ini juga paling sesuai untuk memurtadkan saki baki umat Islam setengah masak yang bertuhankan Allah yang satu. Mereka mengunakan kelemahan perlembangan Malaysia mendesak atas nama kebebasan agama untuk membenarkan kalimah Allah ini digunakan. Bila desakan mereka berjaya dan pemimpin2 Islam akur, maka langkah seterusnya memurtadkan umat Islam dapat diteruskan dengan mudah.

Inilah kesannya 55 tahun UMNO memerintah, bila agama dipisahkan dari politik. Umat Islam di Malaysia boleh berbangga dengan angka peratus, misalnya 60% penduduk Malaysia beragama Islam tapi hakikatnya umat Islam yang betul2 mengamalkan Islam hanya 5% dari jumlah keselurahan umat Islam. Kalau penduduk Malaysia ada 28 juta orang, umat Islam 60% bermakna umat Islam ada hampir 17 juta orang. Kalau 5% sahaja yang bersolat di masjid atau di surau, ini bermakna 5% dari 17 juta orang, jawapannya hanya 850,000 orang sahaja yang betul2 jaga solat berjemaah, yang lain 16,250 juta orang lain, mungkin ada solat tapi tak ikut sunnah Nabi saw yang sebenarnya. Ini adalah bukti yang kita lihat di masjid2 dan surau2 hampir kosong setiap solat fardhu. Yang ramai pada hari Jumaat dan hari raya puasa dan haji.

Apakah yang UMNO hendak buat dengan gejala tidak solat atau solat sesuka hati tak ikut sunnah Nabi saw? Jawapannya UMNO gagal menegakkan Islam sehingga semua umat Islam yang ada hari mempunyai keimanan dan ketaqwaan yang mantap dan kebanyakkan dari kita  telah rosak iman kerana mengejar kehidupan dunia yang fana ini. Islam tidak melarang mencari kehidupan dunia malah digalakkan kita menjadi kaya raya dari hasil wang halal  tapi kalau kerana mengejar kehidupan dunia sehingga melalaikan mendirikan solat, ini adalah satu petanda bala kehancuran umat yang Allah sedang dilemparkan kepada umat Islam sehingga kita dihina di dunia lagi oleh bukan Islam. Sepatutnya kita mendapat kemulian dari Allah swt, tapi kerana taksub kita dalam memilih pemimpin2 hanya mengaku Islam tapi bila memerintah tidak mengikut Islam, akhirnya umat Islam menerima laknat Allah swt. Tidak ada pilihan lain melainkan menukar kerajaan yang jelas gagal menegakkan Islam kepada yang baik ia itu PR, moga2  dengan kuasa baru ini umat Islam dapat dididik dengan Islam yang sebenar. InsyaAllah.

 

Saturday 2 February 2013

KALIMAH ALLAH

Karpal: Isu kalimah ALLAH belum selesai

Dia seorang saja singh, semua Melayu Islam kelamkabut. Malaysia negara Islam kata UMNO, tapi isu hak Islam kalimah Allah ini menjadi cabaran kepada Melayu Islam. Itulah hasilnya bila sebelum merdeka diberi kerakyatan dengan sifat Melayu yang kononya ikhlas tapi dibalas dengan tuba. UMNO tak berani main peranan sedangkan merekalah yang setuju apa yang dikat...a prinsip jus soli, sebenarnya ini adalah kelemahan pemimpin2 UMNO kerana hendak sangat merdeka, tapi niat hendak cari nama. Sekarang Melayu terpaksa berdepan ugutan dengan mengunakan perlembangan Lord Reid yang sangat lemah, tapi itulah juga Melayu sangat2 mempertahankan.
Melayu akan berdepan dengan masalah yang lebih besar selagi tidak kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dan undang2 hudud yang sepatutnya telah selesai dilaksanakan tapi kerana penentang utama UMNO, maka Melayu akan berdepan dengan masalah masa depan yang tidak menentu, ibarat belanda minta tanah, beri tanah untuk tumpang tapi akhirnya jadi miliknya kerana Melayu mudah lupa dan mudah pening dengan wang dan harta benda dunia.