Sunday, 8 April 2012

PRU 13 UNDI PAS DAN PR

Prinsip jujur, amanah, bercakap benar, menepati janji dan lain2 sifat terpuji adalah wajib diamalkan oleh setiap orang Islam sepanjang masa. Sifat2 ini akan menguatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Ibadat sahaja yang tidak disertakan amalan terpuji tidak diterima oleh Allah swt.

Hari ini kita melihat ramai orang2 Islam bersolat pada Jumaat, hari raya, hari raya haji. Adakah dengan ramainya orang2 Islam bersolat di hari tersebut di atas menandakan kekuatan Islam?
Jawapannya tidak.

Kekuatan Islam terletak kepada amalan solat fardhu 5 waktu secara berjemaah di masjid atau di surau bagi kaum lelaki kecuali kaum wanita mereka lebih afdal bersolat di rumah.

Apa yang kita kesalkan setelah 55 tahun Malaysia merdeka, amalan bersolat berjemaah fardu 5 waktu ini semakin lemah dan di setengah tempat masjid atau surau begitu menyedihkan sedangkan umat Islam yang menetap di situ cukup ramai.
Ini adalah tanda2 apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw, di akhir zaman umat seperti buih2 di lautan. Sahabat bertanya kepada Nabi, kenapa terjadi begitu, Nabi  menjawab umat Islam nama sahaja Islam tetapi amalan Islam sudah tercabut dari hati2 umat Islam.  Apa kesannya?

Umat Islam ramai tetapi dihina dan dibuat seperti binatang, dibunuh, diseksa, ditindas walau pun dalam negara yang diperintah oleh orang Islam sendiri!  Punca utama bila dakwah dan solat ditinggalkan dengan sengaja kerana kejar kehidupan dunia yang sementara dan akan fana ini.
Siapakan yang bertanggung jawab di dalam hal ini?

Pemerintah yang ada, dalam konteks Malaysia hari ini ialah pemerintah yang sedang berkuasa ialah UMNO. Hendakkah kita dihina? Agama Islam dan penganutnya dihina di depan mata kita oleh orang2 kafir dan  kita tidak ada sifat sensitif langsung untuk memberi amaran yang keras kepada mereka, malah orang2 Islam sendiri menokok tambah menghina Islam itu sendiri kerana hendakkan undi dan kuasa dan  yang jelas terlalu banyak unsur2 penipuan dalam daftar SPR. Perbuatan begini jelas menjadi murtad terang2an kerana bersetongkol memburuk2kan Islam kerana hendakkan sokongan. Kemenangan dengan cara haram, hasilnya kerajaan haram, makan minum haram dan semua yang dilakukan adalah berpunca dari hasil2 haram.

PRU 13 ini umat Islam terutamanya orang2 Melayu yang mengaku Islam wajib bangkit menumbang UMNO BN. Kemenangan UMNO BN sesungguhnya akan menghampiri kita pada malapetaka dan bala yang akan menimpa kita sehingga semua perbuatan keji seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa,membiarkan maksiat bermarajalela dapat dihapuskan.
Keberkatan, kemulian dan nikmat Allah hanya akan dikecapi oleh satu pemeritahan yang mengamalkan ajaran Islam yang sebenar yang di ajar oleh Nabi melalui sunnah dan Al-Quran.
InsyaAllah  kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat akan merealisasikan hasrat kita ini.

No comments:

Post a Comment