Seorang penuntut hendak membeli sebuah kereta baru. Mula2 dia pergi ke kedai menjual kereta kemudian ke bank. Bank akan lulus dengan syarat pendahuluan 10% dan baki pinjaman dibayar kepada bank setiap bulan. Tiba2 bank memberitahu, kamu tidak perlu bayar pinjaman, bank telah memberi kamu kereta itu secara percuma. Dalam hal ini bagaimana perasaan penuntut tersebut? Mula2 dia gembira kerana mendapat kereta baru walau pun terpaksa berhutang dengan bank. Kedua dia bertambah2 gembira kerana mendapat kereta baru dan percuma pula!
Begitu juga dengan PTPTN. Sumber pendapatan negara banyak(Petronas, cukai, hasil pertanian sawit, getah dan lain2 lagi) jika diurus dengan jujur dan amanah, rakyat Malaysia memang boleh hidup dengan selesa. Universiti, sekolah dan lain2 yang rakyat berhak mendapat bantuan semestinya diberi, Itulah kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Rakyat memilih kerajaan bukan untuk menyusah mereka tetapi rakyat memilih kerajaan yang boleh meringankan beban kehidupan. Kerajaan adalah pengurus dan juga pentadbir negara yang diamanahkan oleh rakyat bukan kerajaan yang berniaga di atas cukai rakyat dan rakyat kena tanggung di atas kerugian kerajaan di sebabkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa?.
Setiap hari TV 1,2,3, Astro, akhbar2 dan lain2 media milik kerajaan memperbodohkan rakyat dengan menjemput mereka yang bergelar DR, badan2 NGO untuk memberi pandangan yang membodohkan diri sendiri dan juga jawatan yang dipegang, hanya untuk mendakyahkan propaganda yang jelas merendahkan daya intelektual mereka. Rakyat tidak bodoh. Rakyat Malaysia sekarang bertambah matang. Jika kerajaan UMNO BN menganggap rakyat boleh digula2kan dengan racun!, maka apalah gunanya PM di Kuala Ketil meminta rakyat memaafkan kesalahan kerajaan UMNO BN. Ini bermaksud berilah peluang kepada UMNO BN untuk memerintah 5 tahun lagi. 5 tahun lagi rakyat akan bertambah merana!
No comments:
Post a Comment