Tuesday, 10 April 2012

PTPTN - DIHAPUSKAN ATAU DITERUSKAN?

PTPTN ini melibatkan semua pelajar sama ada anak UMNO BN atau anak PR. Kalau kita lihat komen2 dari rakyat, yang menyokong kuat kekalkan PTPTN ialah UMNO BN sedangkan PR menentang dan mahu dihapuskan. Mereka yang menyokong PTPTN ini dikekalkan adalah terdiri dari anak2 atau bapa2 orang kaya sebab itu PTPTN ini mereka bermati2an menyokong sedangkan anak2 atau bapa2 orang PR kebanyakkannya miskin atau pertengahan yang sentiasa tidak cukup wang dan makan. Orang2 UMNO BN tiada masalah di dalam hal mencari wang kerana mereka terdiri dari kontrektor atau usahawan yang telah berjaya di bawah dasar ekonomi baru!. Boleh dikatakan kebanyakkan orang2 UMNO BN sepenggal sahaja sudah cukup membeli kereta Merc, BMW dan membina rumah banglo.

Apa kebaikkan PTPTN. Apa pula kebaikkan PLKN yang menelan berbilion RM untuk menghasilkan manusia berakhlak tetapi bila balik kursus melalak dan merempit awal pagi kerana tiada pekerjaan yang berpendapatan tinggi!
Lapuran ketua audit Negara untuk tahun 2010, RM28 billion bocor entah ke mana. Tahun2 sebelum atau selepasnya pun perkara yang sama berulang. Kenapa ini tidak dibincang atas meja bulat di antara UMNO BN dan PR?

Adakah PTPTN ini akan mengakibatkan kerugian besar dan RM28 billion yang bocor itu bukan kerugian besar? Bagaimana dengan subsidi IPP yang TNB bayar RM19 billion  setiap tahun itu tidak mengakibatkan kerugian besar? Tol yang telah untung berkali2 ganda. Adakah dengan menghapuskan tol negara atau kroni menjadi miskin? Hari ini rakyat sungguh tertekan dengan masalah kewangan. Anak2 orang miskin ini kalau tidak dibantu, walau pun SPM 10A, akhirnya kerja kilang sampai ke tualah. Anak2 orang politik pemerintah UMNO BN tiada masalah kerana mereka banyak wang dan sentiasa dibantu oleh kroni.
Ini adalah hanya beberapa kes yang terlibat, bagaimana pula GLC yang rugi, projek2 yang runtuh tergendala? dan 1001 lagi kes penyelewengan yang dibiarkan hanyut oleh badan2 yang berkuasa?

Kes PTPTN ini nampak terlalu besar dari segi kerugiannya sedangkan ianya adalah satu pelaburan negara jangka masa panjang. Apabila graduan2 ini keluar universiti mereka akan bekerja dan ada yang cemerlang akan menjadi pegawai  bergaji melebihi RM3000 dan mereka akan membayar cukai. Sekarang pun kita melihat mereka yang berkelulusan universitu yang banyak membayar cukai. Orang2 kampong tidak mampu membayar cukai. Itulah yang dikatakan kebesaran Allah swt, Yang kaya membantu yang miskin dan yang miskin bekerja mengunakan tulang empat kerat bertani, berladang dan sebagainya. Orang2 kampung pun ada peranan dan orang2 kaya pun ada peranannya. Janganlah kita melihat diri sendiri yang hebat, kaya raya. Ramai lagi yang tinggal di rumah2 senget dan kais pagi makan pagi kais petang makan berminggu, nasi dengan ikan masin.

No comments:

Post a Comment