Isu murtad ini bukan baru, ia meredap(makan sikit2) seperti api dalam sekam dahulu, kini dan seterusnya selama 55 tahun selepas merdeka. Itulah hakikat sebenar murtad ini. Punca utama UMNO tidak pernah ambil berat tentang fardhu ain. Hanya pandai mendirikan masjid tetapi gagal mengimarahkan masjid.
Untuk menyemaikan keyakinan rakyat kepada Allah, rakyat kena usaha sendirilah, kalau rajin ke kuliah agama dapat ilmu dan yang malas hendak ke kuliah agama, semakin jahil murakatlah jawabnya. Pemimpin2 UMNO ketua cawangan menjadi AJK masjid tetapi ramai tidak solat jemaah di masjid. Usaha untuk menghidupkan masjid 24 jam tidak dibuat dan ramai orang2 Islam sekarang telah tidak mengambil berat solat berjemaah, malah tidak solat. Ini adalah tanggungjawab pemerintah.
Hari2 cakap fasal kebesaran mahluk. Apa dia kebesaran mahluk, kehebatan pentadbiran, ekonomi yang diuruskan, pembangunan projek2 dunia, peralatan ketenteraan kapal selam, jet pejuang terkini, bom terkini!. Bercakap yang ada hubungan dengan kebesaran Allah kosong.
Apa dia fardhu ain. Setaip orang yang menjadi pemimpin wajib berdakwah mencegah maksiat bu...kan duduk di kerusi empuk, rancang projek dunia dan bercakap, memfitnah rakyat(rakyat itu sama ada penyokong atau pembangkang dipanggil rakyat) .
Pemimpin juga wajib mengambil berat solat berjemaah dan sentiasa menjadi ahli masjid seperti yang dilakukan oleh nabi Muhammad saw, para2 sahabat. Nabi Muhammad saw, seorang pemimpin politik yang sentiasa mengamalkan ajaran Islam sepanjang masa. Baginda seorang pemimpin rakyat(kalau sekarang presiden atau raja atau PM), ketua dalam peperangan, seorang yang istiqamah buat kerja dakwah, belajar dan mengajar, seorang yang kuat ibadat dan seorang yang suka membuat khidmat kepada masyarakat dan hidup zuhud, tidak tamak, jujur, amanah dan sentiasa berfikir dan risau tentang iman para pengikut2 baginda supaya terpelihara dari hasutan syaitan dan iman mereka sentiasa ditahap maxima.
Politik itu ada dalam Islam bukan terpisah dari Islam. Sesiapa yang mengatakan Politik lain, agama Islam lain, maka dia telah mengikut ajaran Yahudi atau Kristian.
Bagaimana hendak mengatasi murtad? Semua orang Islam tidak kira raja, menteri, MB, ADUN, ahli parlimen ketua kampung, jemaah masjid AJK kena bangun pergi jumpa manusia sama ada di night club, karoeke, tepi jalan, pusat hiburan, pusat membeli belah dan lain2 tempat yang maksiat boleh dijangkiti. Lakukan apa yang nabi Muhammad saw lakukan semasa baginda mengembangkan Islam.
No comments:
Post a Comment