Thursday 5 April 2012

KENAPA TARIKH PRU MENJADI RAHSIA?


Malaysia negara Islam(kata UMNO lah). Judi, arak, anak luar nikah, murtad dan pelbagai lagi maksiat berat dan tegar dan 1001 lagi perkara yang haram semuanya boleh didapati dalam Malaysia, Malaysia boleh! Wawasan 2020 Malaysia negara maju. Pendapatan tinggi rakyatnya akan mencapai RM5 ribu seisi keluarga atau seorang ke?

Tarikh hari raya puasa, raya haji, tarikh nak pergi haji,  tarikh lahir, tarikh nak kahwin dan pelbagai tarikh lagi telah pun jelas bila nak buat. Tarikh PRU ini ada fobia pada UMNO BN kerana jasa kepada rakyat(JKR) semakin nampak kabur sebab itu di semua projek kena buat papan tanda iklan(dahulu ditulis- Projek kerajaan BN dan sekarang ditulis-Projek kerajaan persekutuan). Bila PR menang PRU 13 kita nak tulis juga ka, ini lagi satu projek kerajaan PR!

Rasanya tak payah buang duit buat papan tanda untuk mengiklan kerajaan yang baik, telus, jujur dan amanah. Jasa kepada rakyat itu sudah cukup jelas jika barang makan beras, gula, tepung, minyak masak, petrol, diesel murah, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu dapat dihapuskan. PTPTN dan tol juga dapat dihapuskan. Tolong sedia pekerjaan kepada pekerja2 tol, ramai juga mereka tu! nanti jadi isu pula mereka buat demonstrasi bukan kerana bersyukur tol dihapuskan tetapi demonstrasi mereka menganggor. Masa UMNO BN mereka ada pekerjaan, bila PR pegang kuasa mereka menggangor. Beri perhatian PR!

Indonesia dan Myamar dan juga di negara2 Africa yang orang2nya berkulit hitam cukup terbuka dengan tarikh pilihanraya dan sudah ditetapkan bila akan diadakan pilihanraya.

PRU 14 kerajaan PR yang memerintah kena tetapkan tarikh PRU 15 dan masuk dalam kelender tahunan dihujung 5 tahun pemerintahan. PR lebih kejantanan(gentleman) dari UMNO BN! Kita bukan soal bab persediaan tetapi kita soalkan berani kerana benar, takut kerana banyak dosa kepada rakyat!

No comments:

Post a Comment