Dasar ekonomi baru(DEB) gagal. Ujud pula dasar tranformasi ekonomi baru. Kali ini lebih canggih dari DEB. Satu bisnis baru ia itu saman trafik. Rakyat Malaysia tidak akan belajar selagi UMNO BN memerintah Malaysia . Kesalahan bukan disedarkan dengan takut kepada Allah tetapi kesalahan dibuat perniagaan untuk memenuhi kehendak nafsu kroni. Wang dan harta benda menjadi matlamat mereka. Pendidikan diperniagakan dengan PTPTN. Latihan untuk membentuk akhlak rakyat kononnya diperniagakan dengan PLKN.
Kemudahan asas untuk rakyat diperniagakan oleh pemimpin2 UMNO dari ketua kampung sehingga menteri. Pembangunan yang boleh memberi keuntungan jutaan RM direbut di antara mereka. Hanya hampas yang rakyat dapat nikmati.
Project Automated enforcement system(AES) yang akan diperkenalkan oleh kerajaan bermula dengan tender terbuka kemudian menjadi tender tertutup dan yang berjaya 2 kroni ATES sdn dan Beta tegap sdn bhd. bermodal RM300 juta hingga RM400 juta. Modal besar untung juga besar! Alat hanya membekal kemera trafik di 831 kawasan kemalangan di seluruh Negara. Rakyat Malaysia yang bersopan santun di jalan raya sahaja boleh membankrapkan 2 syarikat kroni ini. Lain cara tidak ada. Kalau rakyat Malaysia hendak mengkayakan 2 syarikat ini dan kerajaan, maka perbanyakkanlah melakukan kesalahan trafik!
Cara berniaga cukup canggih. Untuk 5 juta saman yang pertama satu saman syarikat akan dapat RM16. Lumayankan! Selepas 5 juta saman sehingga RM270 juta dibahagi sama banyak di antara 2 syarikat dan kerajaan! labu labi! Lebih dari itu syarikat akan dapat 7.5% tambahan lagi.
Setiap syarikat akan keluarkan anggaran saman sebanyak 10 juta dalam masa 5 tahun. Setiap saman denda RM300 dan hasilnya RM1.5 bilion bagi setiap syarikat dalam masa 5 tahun konsesi.
Nampak tak banyak untung untuk modal RM300 juta dalam masa 5 tahun!. Tetapi kalau syarikat ini tingkatkan saman maka jadilah macam kutipan tol! berbilion RM untung kalau konsesi 5 tahun ditambah lagi! itu pun kalaulah UMNO BN berkuasa! Kalau kalah PRU 13 ini jadilah rugi macam MAS, Siapa hendak lupuskan hutang kroni? Penjaralah jawabnya.
No comments:
Post a Comment