Wednesday, 4 April 2012

GST MALAPETAKA KEPADA RAKYAT

GST(Cukai Barangan dan Perkhidmatan), Menteri di jabatan
Perdana Menteri Idris Jala berkata BN dan PR kena bersetuju melaksanakan cukai ini selepas PRU 13. Alasan beliau untuk mendapat pendapatan tambahan RM25.7 billion!
GST ini telah ditentang oleh PR awal2 lagi. Tidak timbul isu PR kena setuju dengan cukai ini selepas PRU 13. Cukai ini sebenarnya tidak perlu jika ketelusan, kejujuran dan amanah... kerajaan UMNO BN yang memerintah sekarang mengamalkannya. Jangan bebankan rakyat kerana kerajaan gagal membenteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Wang yang dikutip melalui cukai semasa sudah melebihi dari cukup untuk menampung perbelanjaan bajet semasa jika tidak ada ketirisan atau kebocoran seperti yang dilapurkan oleh ketua audit Negara. Tahun 2010 sahaja RM28 billion telah hilang dan jika wang sebanyak ini dapat diselamatkan, kenapa perlu kepada GST?. Orang2 kaya atau koperat mestilah berkorban untuk membayar cukai lebih. Orang2 miskin sepatutnya dibela. Tidak timbul ketidak seimbangan pembayar cukai. Mengikut beliau sekarang ini dari 8.5 orang pembayar cukai yang mendaftar hanya 1.7 orang sahaja yang kena membayar cukai kerana yang lain berpendapatan kurang dari RM3 ribu, kerajaan kecualikan.
Cukai ini sepatutnya dilaksanakan pada pertengahan tahun 2011. Ia dibentangkan kali pertama pada Dec 2009 di Parlimen, tetapi ditangguhkan untuk bacaan kali kedua pada mac 2010 kerana ditentang hebat oleh pembangkang.
Inilah otak menteri UMNO BN bukan hendak menyenangkan rakyat dan muhasabah kesalahan diri sendiri, tetapi rakyat yang dipersalahkan kerana dasar yang mereka buat mereka sendiri yang menodai dan rakyat menjadi mangsa.

No comments:

Post a Comment