Thursday 25 February 2016

IMAN DAN TAQWA ASAS  KPD SIFAT TERPUJI

Nabi s.a.w ditanya oleh sahabat apa itu iman? Iman itu ikhlas. Sebagai pemimpin atau rakyat apabila membuat sesuatu dgn ikhlas maka itu adalah jelmaan sifat yg terpuji yg sedang diamalkan. Hasilnya kesejahteraan keamanan keharmonian yg dikecapi di dunia dan di akhirat.
Hari ini cuba kita lihat di mana2 shj sifat ikhlas ini tidak ada lagi diamalkan oleh umat Islam.  Zahirnya nampak baik tetapi hati penuh dgn sifat munafiq. Allah s.w.t melihat ke dalam hati manusia dan manusia tidak boleh berpura2 kerana pahala dan dosa itu Allah s.w.t yg menilai dan kesan kpd ketidakan ikhlas itu musibahlah akhirnya.
Perbalahan keji mengeji hina menghina yg sedang berlaku di mana2 sekarang ini sama ada dlm ceramah media social Facebook yg sejak kebelakangan ini sudah tidak terkawal adalah hasil sifat kita yg buruk. Pemimpin2 dihina keterlaluan oleh individu atau mereka yg tidak senang dgn pembohongan penipuan fakta adalah hasil tidak ikhlas yg diamalkan oleh mereka yg terlibat.
Siapakah yg mesti dipersalahkan pemimpin2 atau rakyat? Pemimpin2 merasakan ini di zaman 50an yg mana rakyat tidak ramai berpelajaran dan boleh berfikir secara kritis dlm sesautu isu sedeangkan masa telah berubah terlalu pantas. Pemimpin2 tidak boleh memperbodohkan rakyat lagi. Mereka yg dilantik menjadi pemimpin2 bukanlah dari mereka yg ada sifat2 ikhlas tetapi lebih kpd melalui proses ketidak jujuran dan amanah. Maka bila menang hasilnya otak atau pemikiran tidak matang bercakap atau bertindak mengikut nafsu bukannya akal berpandukan ajaran Islam. Kita tidak hairan penghinaan demi penghinaan kian menjadi2. Malangnya mereka yg digelar pemimpin gagal muhasabah diri tetapi terus mempertahan diri dan disokong oleh kaki bodek yg mementingkan periok nasi sendiri mempertahankan pemimpin2 yg semakin dibenci oleh rakyat. Menangkap memenjarakan rakyat tidak boleh menyelesaikan masalah. Hanya mereka yg cerdik lagi bijak balik kpd sifat ikhlas shj yg dapat mendidik rakyat ke arah kesatuan hati2 manusia. Siapa yg layak? Mereka yg mengamalkan Islam yg sebenarnya bukan yg mengaku Islam tetapi sifat dan perbuatan yg bercanggah dgm Islam. Rakyat tidak boleh ditipu sepanjang masa. Rakyat lebih cerdik dan bijak dari pemimpin2 yg ada.



Sunday 24 May 2015

PUNCA UMAT ISLAM DIHINA OLEH ORANG2 KAFIR


Pembunuhan dan penyeksaan ke atas manusia sesama manusia malahan terhadap binatang tumbuh2an pun dilarang oleh Allah swt tetapi kenapa Allah swt yg sama yg memiliki hati2 manusia sanggup membolak balikkan hati2 manusia dengan mencampakkan kebencian, kehinaan yg teramat sangat ke atas umat Islam sedangkan Allah swt itu maha berkuasa.   

Jawapannya mudah, Sayyitina Aishah rha, bertanya kpd Rasullullah saw, adakah mereka yg beriman juga akan menerima azab dari Allah swt sekiranya mereka membiarkan kemungkaran bermaharajalela sedangkan mereka berkuasa untuk mencegahnya? Diakhirat nanti orang2 beriman ini akan dipisahkan dari orang2 kafir.

Maka jelaslah sekarang apa yg berlaku terhadap umat Islam seluruh dunia di Myamar, Palestin dll adalah berpunca dari kelalaian umat Islam melaksanakan ajaran Islam seperti yg dikehendaki oleh Allah swt. Solat diringan2kan, mahlis ilmu tidak diambil peduli, amalan Islam yg haram dipermainkan untuk kepentingan kehidupan dunia,

Apakah Malaysia tidak diperhatikan oleh Allah swt dgn amalan kita?

Kita sedih, kita kata mereka saudara kita dan adakah benar? Mereka sebenarnya telah jauh dari amalan Islam, mereka sibuk dgn kehidupan dunia, solat diabaikan, ilmu tak dipelajari, maka jahil menjadi2. Allah swt telah memandang amalan manusia sekian lama, tetapi bukan semakin bertambah beriman  tetapi semakin hari semakin tipis iman mereka dan akhirnya hilang iman.

Allah swt itu maha berkuasa lagi maha adil, maha pemurah lagi maha pengasih.

Kemenangan jauh sekali dari umat Islam kerana gagal dlm mengamalan Islam. Jihad utk menegakkan Islam tiada ada dlm kamus diri. Mereka hanya mementing makan minum shj. Jika benar mereka orang2 yg beriman mereka sudah bersedia menghadapi kekejaman musuh dan berani berjihad bukannya lari dari medan peperangan. Inilah yg berlaku di Myamar, etnik Rohingya diburu dibunuh diseksa atas sebab iman. Mereka lari sedang Rasulullah saw berpesan kpd kita supaya berjihad, kalau mati mati syahid.

Kita meramaikan orang2 yg berkepentingan dunia, kita mengimpot pekerja2 yg tidak tahu sama ada mereka ini mengambil berat bab solat atau tidak, yg penting ekonomi dunia.

Adakah kita sedang mengimpot bala dan azab Allah swt ke Malaysia? Apa yg sedang berlaku di negara kita Malaysia, cukup menakutkan dan mengerikan kpd mereka yg jaga iman. Kita sebenarnya bukan membawa manusia kpd Allah swt tetapi kita sedang mengundangkan azab kpd umat Islam.

Kaji selidik ketaqwaan umat Islam terhadapa Allah swt melalui amalan solat berjemaah di surau dan di masjid cukup serius, hanya 5% shj dikalangan umat Islam yg menunaikan solat berjemaah di mana azan di azankan. Kita bayangkan penduduk dunia yg dipanggil manusia mencecah kpd 7 bilion orang, yg dikatakan Islam hanya 1.5 bilion dan yg beramal dgn istiqomah solat berjemaah di masjid dan surau hanya 5% shj. Dgn jumlah ini dimana kekuatan umat Islam untuk melawan musuh dgn nisbah 5.5 bilion(kafir): 1.5 bilion(Islam)? Dan yg betul2 mengamalkan Islam hanya 75 milion 10% dari 1.5 bilion?

Kita bersimpati dgn nasib mereka tetapi kalau hanya bersimpati dgn bantuan makan minum sedangkan kita tak terfikir utk menghantar iman dan ilmu untuk mereka beramal maka sebenarnya kita sedang menghantar azab kpd mereka dan jika menolong mereka hanya untuk hidup makan minum, kita juga mengimpot azab Allah swt, Maka semakin ramailah pendatang asing yg tidak memberi menafaat kpd Islam, hanya menambahkan azab dan mempercepatkan azab Allah swt shj. Oleh itu mereka yg ingin membela baik Rohingya Palestin berfikir apakah bantuan yg sebenarnya kita hendak bantu.





Monday 13 April 2015

SEJARAH BUKA MINDA MELAYU

…………….

Bila diperiksa dan diteliti, adakah manusia yg sanggup korban tanah untuk orang kafir hidup, maka yg berlaku hanya di Malaysia shj. Bila diperiksa dan diteliti lagi adakah manusia yg pelbagai bangsa yg sanggup korban tanah untuk orang kafir hidup, maka yg berlaku hanya di Malaysia shj ia itu bangsa Melayu sama ada ori atau yg dah bercelup. Kalau kita baca sejarah tak terdapat mana2 bangsa yg begitu baik kpd bangsa lain tambahan kafir pula yg begitu bermurah hati sehingga dahulunya datang sehelai sepinggang sekarang hidup mewah di bumi Malaysia dan Singapura. Begitulah sejarah perjuangan Melayu sebelum merdeka dan selepas merdeka.
Sebelum merdeka pejuang2 Melayu seperti Mat Kilau, Dato Maharaja lela, Tok janggut, Tok Bahaman, Mat Indera dan ramai lagi yg berjuang bermatian2 kerana nak halau Inggeris, yg jadi bidan terjun akhirnya UMNO juga. Kenapa UMNO kerana inilah saja parti yg direstui oleh Inggeris yg lain semuanya diharamkan kerana hendak menegakkan Islam dan bangsa Melayu.

Selepas merdeka apa pula yg terjadi, Singapura disingkirkan dari Malaysia kononnya kalau tak disingkirkan akan menjadi pergaduhan kaum. Sebelum itu siapa yg membiarkan  kaum yg menguasai Singapura sekarang dibiarkan penhijrahan beramai2 tanpa ada fakir suatu hari nanti bila mereka kuat mereka akan berpaling tadah. Kemudian kita hilang pula Pulau Batu Putih, stesen keretapi Tanjung Pagar, Woodland dll lagi. Ini semua berlaku dlm pemerintahan UMNO BN atau Perikatan. Sehingga kini tanah2 resab Melayu habis difaraidkan kpd bukan Melayu atas nama kemajuan dan pembangunan. Inilah muka2 yg sebenarnya menjadi penghianat kpd bangsa Melayu dan Islam.




Thursday 9 April 2015

PENYAKIT DARAH TINGGI MENINGKAT, KENCING MANIS MENURUN



Rakyat Malaysia tiba2 diserang dgn penyakit darah tinggi bila GST dilancarkan dgn begitu meriah sekali sehingga tenggelam seketika isu hudud. GST boleh terkesan jangka masa panjang kerana dia akan membakar seperti api dlm sekam. Meredap sehingga menjelang PRU 14 yg boleh membawa maut kpd UMNO BN. Rakyat akan bangkit menentang tak kira pembangkang atau pro kerajaan kerana tahap darah tinggi telah setabil tak mahu turun2 lagi. Mungkin yg ramai akan mati mengejut ialah mereka yg pro kerajaan yg tersangat malu dgn sikap PM Najib yg akhirnya mereka tidak boleh tahan lagi dgn kehidupan mereka yg “kaya” itu.

 Inilah pembalasan Allah swt kpd mereka yg menyokong membabi buta sehingga dihinggap penyakit gila babi,  anjing gila dan darah tinggi. Kencing manis pula menurun kpd tahap tak ada bacaan kerana kesan kata menteri, ubat kencing manis pula ialah menaikan harga gula. Inilah menteliti gaya berfikir menteri gila babi. Adakah dgn menaikan harga gula sedangkan dipasaran dunia harga menurun boleh mengubat penyakit kencing manis!

Maka muka2 menteri yg dahulunya rakyat didahulukan sekarang wang rakyat didahulukan pula untuk menampong gaya hidup mewah.

GST tetap haram dilaksanakan. GST hanya harus dilaksanakan bila tiada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dihapuskan. Jika lapuran ketua audit negara setiap tahun kebocoran berbilion RM masih berulang, mengenakan cukai GST ini adalah haram, Para mufti2 dan Majlis Fatwa Kebangsaan tak fahamkah dgn ajaran Islam yg dibawa oleh Nabi saw.

 Janganlah kerana pangkat dan kemewahan wang ringgit menjadikan kamu buta hati untuk melihat reality sebenarnya, kehidupan rakyat di Malaysia, masih ramai lagi yg miskin masih memerlukan bantuan bukan membayat cukai untuk menkayakan kerajaan yg boros. Kerajaan yg ada tak faham kehendak Islam, tetapi penasihat lebih jahil kerana menjadi pembodek kpd perkara mungkar.

Monday 9 February 2015

SUDAHKAH KITA BERIMAN, SEBENAR2 IMAN DAN TAQWA KPD ALAH SW





Akhir zaman fitnah akan menjadi seperti permainan golf. Permainan yg mahal yg boleh dimainkan oleh orang2 kaya yg bernafsu syaitan kerana hakikat permainan ini penuh muslihat yg kotor oleh pemain2 yg tidak berakhlak. Ini bukan permaianan rakyat biasa yg tidak ada apa pengaruh dlm dunia politik atau dunia perniagaan. Mereka yg bermain golf ini adalah terdiri drp mereka yg terlibat dgn permainan kotor seperti agihan kontrak, melobi sana sini untuk jawatan dan sudah tentu sambil bermain akan membincang perkara yg terlalu sulit kerana komunikasi yg sudah tentu sukar dirakam melalui kamera atau pun cctv dan sebagainya. Banyak perbuatan kotor berlaku dlm permainan ini dan mereka yg suka kpd permainan ini adalah mereka yg berpengaruh. Rakyat biasa hanya menjadi tukang kutip bola golf, itu pun terhad kpd caddy shj. Siapakah yg sangguh untuk membayar berpuluhan ribu RM untuk menjadi ahli? Melainkan ditaja oleh mereka yg ada berkepentingan.

Islam hanya jadi alat untuk mengambui mata mereka yg buta kpd kebenaran. Mereka yg gagal berfikir menjadi mangsa kpd si pelahap yg tidak kenal erti halal haram. Mereka memujuk merayu dgn wang dan janji2 palsu, dan mereka tidak ada istilah dosa. Hasil pendapatan kotor mereka memberi anak isteri makan, maka lahirlah keturunan yg mahukan kebebasan hidup atau mempertahankan hak asasi manusia mengikut Yahudi atau Nasrani. Islam hanya tingga nama, amalan jauh sekali.

Musibah, bala yg mencurah turun ke atas umat semakin sukar di atasi kerana mereka adalah pendoa kpd segala bala. Kesannya manusia Islam, anak2 muda remaja semakin rosak akhlak, maksiat menjadi2, perbuatan dosa besar minum arak, judi, zina, tidak solat semakin sukat dibendung kerana yg menjadi kerajaan terdiri dari mereka yg tidak beriman dan beramal soleh. Apakah masa depan umat Islam Melayu yg berketuakan mereka jenis fasiq atau munafiq ini, kita wajib berusaha mencari jalan keluar dan apa yg kita boleh lakukan ialah dgn menukar kerajaan yg ada kpd yg lebih baik, inshaa Allah, Allah swt akan kurniakan kesejahtera kpd mereka yg bertaubat.

Tuesday 13 January 2015

KENAPA DAP BANTAH HUDUD – DR. MASHITAH IBRAHIM SINAR HARIAN JAN 13 2015



Melayu Islam Malaysia telah terperangkap dgn sistem demokrasi ciptaan Inggeris yg terdiri dari pelbagai parti, pelbagai bangsa dan agama. Inggeris telah memberi kemerdekaan dan tinggalkan kpd kita satu sistem jerat diri sendiri. Sistem demokrasi yg diamalkan di Amerika dan England berlainan dgn sistem demokrasi di Malaysia. Mereka hanya ada dua parti sistem  dan semuanya dikawal oleh Yahudi atau pro Yahudi dan agama mereka kebanyakkan adalah faham Kristian ala ciptaan mereka sendiri. Soal agama tidak ada isu di kedua buah Negara ini atau negara2 lain yg mengamalkan seperti di India, Australia dll. Semuanya syirik kpd Allah swt.

Malangnya di Malaysia kebanyakkannya Melayu beragama Islam dan pemimpin2nya juga kononnya beragama Islam. Sepatutnya bila dah Islam, hukum2 dan peraturan2 Islam wajib dikuatkuasakan, tetapi sebelum Inggeris meninggalkan kita atau memberi kemerdekaan kpd kita mereka telah melatih para2 pemimpin yg ada ia itu UMNO supaya amalkan “ajaran” mereka dan memang benar segala ajaran mereka dituruti oleh para pemimpin UMNO sehingga mengagong2kan perlembagaan Malaysia ciptaan Inggeris sehingga hari ini. Sistem Islam yg mulia lagi berkesan untuk menyatukan semua bangsa dianggap tidak sesuai terutamanya hukum hudud.

Tidak ada dari kalangan umat Islam di Malaysia termasuk PAS dan PKR yg beragama Islam hendak ubah sistem ini ke sistem Islam yg mereka sendiri anuti. Mereka hanya terus menyokong sistem demokrasi Inggeris ini, mungkin sehingga khiamat.

Hukum hudud tidak dijelaskan dgn sempurna oleh mereka yg kononya ulama2 hebat kpd bukan Islam, maka parti yg bukan Islam terus menganggap hudud sebagai undang2 zalim. Mereka dikalangan pemimpin2 UMNO sentiasa memberi alasan seperti negara majmuk, belum bersedia kerana kekurangann hakim atau perlu penjelasan kpd rakyat sedangkan akta2 lain yg rakyat sendiri tidak faham tetap dikuatkuasakan.

Hudud telah ujud lebih dari 1400 tahun dan perbandingan hudud di Pakistan yg tidak adil. Adakah hudud di Pakistan ini betul2 hudud yg diajar oleh Nabi Muhammad saw atau hudud palsu yg dilaksanakan oleh mereka yg bertopengkan Islam! Sebab itu hudud itu telah menjadi satu contoh negetif kpd kita umat Islam dan bukan Islam.

Persetujuan kita untuk merdeka juga telah memakan diri sendiri dgn memberi kerakyatan kpd bukan Islam sewenang2nya dan sanggup berkongsi kuasa sedangkan mereka yg menentang Inggeris dahulu terdiri dari mereka yg kuat Islam, sedangkan orang2 Cina dan India hanyalah pendatang sebagai pekerja2 Inggeris dan akhirnya mendapat pulau Singapura percuma dan ada hak menentukan kerajaan Malaysia.

Kesannya bila Melayu berpecah, UMNO juga semakin kurang sokongan Melayu maka UMNO terpaksa mengalah dan menyembah untuk meraih undi2 bukan Melayu. Di sini akan berlaku tawar menawar yg akhirnya selagi UMNO memerintah maka kuasa Melayu semakin hilang dan akhirnya yg untung atau mungkin berkuasa ialah orang2 bukan Melayu dan bukan Islam.
Apakah kita Melayu terlalu lemah dlm bab berfikir secara kritis dlm soal ini?



Monday 29 December 2014

KAFARAH DOSA2 BESAR



Tanda2 besar khiamat telah jelas dan semakin hampir. Punca dunia khiamat pun adalah kerana atas perbuatan mahluk yg dipanggil manusia. Allah swt cipta pelbagai mahluk tetapi semua mahluk yg Allah swt cipta tidak mempunyai akal. Hanya mahluk yg bernama manusia ini diberi akal, maka untuk menjaga akal supaya tidak lari dari matlamat asal Allah swt mencipta manusia, Allah swt menyediakan para2 Nabi, kitab2Nya dan Nabi yg terakhir Muhammad saw Allah swt sediakan al Quran dn wahyu berupa hadith2 yg disampaikan oleh Nabi saw kpd kita.

Semua amaran berupa azab dan kenikmatan diberitahu dgn jelas kpd manusia, hanya yg berakal yg berpandukan hadith2 Nabi saw, mereka yg percaya dan yakin dgn hadith2 Nabi saw shj yg akan dapat keuntungan yg lain semuanya akan binasa dan tempat yg paling layak ialah neraka termasuk mereka yg anti hadith.

Nafsu yg Allah swt berikan kpd manusia hanya untuk keperluan kehendak manusia shj, seperti makan minum berkahwin tidur bekerja dll, tetapi manusia tidak pernah cukup mahu nafsu itu dilayan lebih jauh lagi, maka syaitan menawarkan alternafif, ikut aku, kamu manusia boleh menikmati nafsu itu lebih dr yg sepatutnya maka jadilah nafsu itu nafsu syaitan.

Segala musibah bala atau apa istilah azab pun yg pasti Allah swt tidak turunkan melainkan setelah kemurkaanNya terhadap manusia yg engkar dgn perintahNya.

Fenomena alam yg difahami oleh bukan Islam atau kafir, berdasarkan logik akal melalui kajian sains semata2. Manusia yg beriman lagi bertaqwa menpunyai tafsiran atau fahaman yg berdasarkan hadith2 Nabi saw. Fenomena alam yg sebenarnya ialah kekuasaan Allah swt boleh merubah sains itu sendiri kpd yg berlawanan dgn sains.

Tsunami, banjir besar, gempa bumi dll bencana alam bukanlah berdalilkan sains tetapi ianya berlaku bila manusia terlalu banyak mensyirikan Allah swt. Kesan mensyirikan Allah swt kpd umat Islam yg mengaku Islam lebih dahsyat dari mereka yg bukan Islam atau kafir. Inilah dikatakan mereka yg dimurkai Allah swt, setelah beriman kemudian kerana dunia sanggup jadi syirik semula kerana nak cepat kaya, nak berkuasa, nak bermegah2 dgn kuasa, yg akhirnya memakan diri sendiri.

Kesimpulannya banjir yg melanda kita sekarang adalah termasuk dlm ketegori azab
Kerana mereka yg berkuasa tidak mengamalkan apa yg Allah swt perintah tetapi lebih kpd kepura puraan yg nyata. Jujur, amanah ikhlas pemimpin2 maka jujur, amanah ikhlaslah rakyat dan jika sebaliknya maka bersedialah wahai manusia yg belum insaf dan bertaubat azab yg lebih dahsyat.