Friday, 20 April 2012

PEMIKIRAN KRITIKAL(CRITICAL THINKING) MASIH JAUH

Rakyat Malaysia masih ketinggalan dari segi pemikiran kritikal(critical thinking) kerana terkongkong perbagai akta  yang digubal tetapi dinodai seperti kebebasan rakyat bersuara dan berhimpun untuk menyatakan sesuatu bantahan dalam bentuk perhimpunan aman. Kuasa kerajaan yang memerintah yang terlalu takut kepada kritikan adalah seumpama orang takut hantu. Hantu hanya menakutkan tetapi adakah hantu boleh mencederakan orang? Yang mencederakan orang itu bukan hantu tetapi manusia yang takut hantu hingga terlanggar batu atau pokok hingga membawa kecederaan atau kematian!

Inilah gambaran kepada kerajaan UMNO BN. Mereka ujudkan budaya takut hantu sehinggalah penerbit2 filem juga suka kepada cerita hantu yang tidak membawa apa2 teladan yang boleh membina jati diri selain membina sifat takut itu dan ini dalam diri orang2 Melayu. Apabila orang2 Melayu menjadi dewasa perasaan takut terbawa2 dalam kehidupan dan diikuti oleh sifat tamak tidak perlu kepada usaha yang bersungguh2, hanya perlu duduk disekeliling kuasa politik sehingga cantas mencantas menjadi budaya supaya dapat hidup senang lenang tanpa perlu kepada pemikiran kritikal . Rakyat semakin tertekan dan akan bangun bila tiba masanya ibarat api dalam sekam, makan meredap!

Masa berlalu fikiran rakyat juga semakin matang. Modal UMNO BN untuk berniaga dengan ugutan semakin rakyat menyampah. Rakyat tidak boleh bertahan dan bersabar dengan kereneh pemimpin2 yang semakin tidak memperdulikan rakyat tetapi hanya menjaga kepentingan masing2. Pemimpin2 bukan lagi harapan rakyat untuk membawa kepada kebahagian tetapi semakin hari semakin berani membuat penyelewengan dan skandal yang memalukan rakyat Malaysia khusus orang2 Melayu Islam. Masing2 berlumba hendak menjadi pemimpin. lobi menglobi setiap PRU. Matlamat utama untuk mendapat kemenangan dan matlamat utama juga hendak berkhidmat kepada diri sendiri bukannya rakyat apabila menang dalam PRU atau PRK.

Allah swt sedang membuka keburukkan mereka dan dalam masa yang sama menghina mereka sebelum mati kerana sifat buruk yang mereka sedang amalkan!

Semoga semua rakyat Malaysia diberi taufik dan hidayah oleh Allah swt untuk berfikir secara kritikal.

No comments:

Post a Comment