Monday 30 September 2013

KONSEP ISLAM BUKAN AMALAN ISLAM

Konsep Islam saja tidak boleh dikatakan sejajar dengan Islam. Konsep bukan amalan, konsep adalah nilai universal yang terdapat dalam agama lain. Adakah kita boleh kata konsep ketuhanan itu sama dengan agama lain. Islam mengtauhidkan Allah swt sedangkan agama atau fahaman lain nenafikannya. Umat Islam berfahaman secular mudah mengeluarkan pendapat yang bodoh kerana fahaman Islam mereka tidak sama dengan fahaman mereka yang mengaji pondok, perlu diingatkan yang mengaji pondok sekarang pun dah pandai menyeleweng fakta kerana dapat bantuan kewangan dari kerajaan.. Apakah dengan bercakap mengenai konsep kesederhaan kita dah boleh buat kesimpulan bahawa yang bercakap itu telah memenuhi kreteria amalan Islam? Kalau gitu syiah pun bercakap perkara yang sama, adakah kita sudah boleh menerima konsep itu sedangkan dibelakang mereka penuh dengan perbuatan syirik, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa? Kita jangan jadi burung tiong yang hanya dilatih untuk menyebut salam sedangkan ia sendiri tak tahu makna salam. Ada orang terpaksa membodek kerana orang yang dibodek itu “memberi rezeki”!

Bumbung stadium runtuh, bumbung masjid runtuh bukan kerana struktur tak kukuh, tapi bahan yang dibuat struktur itu dibuat oleh kaki penipu, begitu juga konsep, ada konsep boleh diterima Islam dan ada konsep hanyalah untuk menipu rakyat.

 

 

Monday 16 September 2013

SEJARAH PALSU DAN SEJARAH SEBENAR

 
 
Tindakan aktivis sosial, Khalid Mohd Ismath mengangkat ‘perjuangan’ bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng seperti menderhaka kepada negara.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, sepatutnya Khalid berfikir secara matang dan jangan bersikap buta sejarah.

Jangan menuduh orang buta sejarah, ada sejarah palsu dan ada se...jarah benar. Chin Peng adalah seorang kuminis Cina dan ada juga kuminis Melayu seperti Shamsiah Fakeh, Musa Ahmad dan ramai lagi Melayu yang jadi kuminis. Kenapa mereka menjadi kuminis? adakah mereka telah berfahaman kuminis? Ramai Melayu yang jadi kuminis terdiri dari mereka yang beragama Islam, kuminis hanyalah alat perjuangan menentang Inggeris bukan perjuangan ideologi kuminis. Melayu jadi kuminis kerana keadaan pada masa itu terpaksa kalau tidak nyawa melayang dan samping itu kebetulan kuminis menentang Inggeris dan dalam masa yang sama orang Melayu yang cerdik juga menentang Inggeris. Semua pertubuhan waktu itu telah diharamkan oleh Inggeris termasuk kuminis, mau tak mau atas nama perjuangan menentang Inggeris, Melayu terpaksa bersama kuminis berjuang atas nama kemerdekaan. Tunku A Rahman, Cheng Lock, Sambanthan hanyalah orang pilihan Inggeris untuk berunding kemerdekaan kerana Inggeris tidak tahan desakan dan ancaman pejuang2 Melayu dan Cina dalam kuminis yang semakin mengugat kuasa Inggeris. Ringkaskan cerita pejuang kemerdekaan sebenarnya adalah pejuang Melayu orang2 kampung biasa bukan anak raja, yang bermatian untuk menuntut kemerdekaan. Mereka yang dipilih di atas hanyalah pilihan Inggeris yang Inggeris percaya kerana mereka adalah penyokong kuat Inggeris kalau tidak masakan Inggeris mahu beri kerjasama. Inilah yang dikatakan lembu punya susu sapi dapat nama. Semua yang baca faham kut maksud yang tersirat. Kalau tak faham itulah dinamakan bodoh bin bagang, buta sejarah, jangan baca buku sejarah sekarang, yang faktanya telah diputar belit, cari dan baca sejarah buku2 lama baru dapat berfikir! baru faham siapa Mat Kilau, Tok Janggut, Mat Indera dan lain2 lagi.