Tuesday, 3 April 2012

Pengerusi PSC(jawatankuasa pilihan khas parlimen) kecewa dengan PR

Itulah yang dinamakan pembangkang. Perkara yang tidak betul berhubung pilihanraya tidak telus dan tidak jujur oleh SPR wajib ditentang bukan main angguk sahaja. Menentang perkara yang tidak betul bukan kerja pembangkang sahaja tetapi penyokong kerajaan juga kena bangun menentang, contoh SBPA yang gagal. Kalau main angguk sahaja siapakah yang akan menanggung derita?
Jangan salahkan rakyat mempunyai persepsi buruk terhadap SPR kerana tidak telus, rakyat ada otak boleh berfikir yang mana satu betul dan yang mana satu penipu. Rakyat inginkan keadilan, kejujuran dan amanah dari orang2 yang diamanah memegang kuasa. Kuasa yang diberi oleh rakyat adalah untuk mengurus dan mentadbirkan kepentingan rakyat dengan adil, jujur dan amanah. Rakyat berhak bersuara dan seterusnya menyingkirkan kerajaan yang jelas tidak boleh berlaku adil, jujur dan amanah.

No comments:

Post a Comment