Monday, 16 April 2012

LAGI DALIL PTPTN WAJIB DIHAPUSKAN

Isu PTPTN ini bukan isu parti politik. Isu ini isu hak manusia sejagat khususnya semua rakyat Malaysia yang cintakan ilmu. Ilmu sepatutnya bukan diperniagakan tetapi ilmu itu semestinya disebarkan secara percuma. Ilmu yang berkaitan dengan Islam seperti belajar al-Quran,majlis ilmu dan pelbagai lagi ilmu yang boleh membuat manusia celik akal wajib diberi atau diajar secara ikhlas tanpa bayaran. Apabila ilmu diperniagakan sifat ikhlas untuk menyampaikan ilmu sudah tidak ada di dalam hati individu yang mendapat ilmu secara membayar. Maka akhirnya ilmu yang diperolehi akan menjadikan satu perniagaan manusia lain pula. Orang2 miskin akan menjadi mangsa kejahilan ilmu kerana untuk mendapat ilmu mesti ada wang!

Di akhir zaman ini apabila manusia semakin jauh dengan Allah, terutama solat pun diabaikan maka makhluk syaitan akan menyelinap masuk ke dalam hati manusia dan mengoda hati manusia dengan sifat yang terkeji yang telah sekian lama kosong kerana meninggalkan amalan Islam dan kesannya  hati orang2 atau pemimpin2 yang dikatakan Islam yang dipertikaikan iman dan taqwanya kepada Allah berjaya dihasut oleh syaitan.

Kita pun sedia maklum kenapa ujudnnya PTPTN ini. Ujudnya PTPTN ini bukan kerana niat hendak menolong para2 pelajar susah masuk ke Universiti untuk mendapat ilmu tetapi mengujudkan satu peluang cari wang oleh pihak berkuasa membuat kekayaan sama ada individu atau kroni. Ujudnya sistem TOL pun juga mempunyai matlamat yang sama supaya kerajaan boleh melepaskan tanggung jawab kewangan terhadap rakyat dan melepaskan bebanan kewangan ini semula kepada rakyat dengan menaikkan cukai dan sebagainya. Akhirnya rakyat yang menjadi mangsa kerajaan kapitalis yang bertopengkan demokrasi atau Islam.

Kebetulan isu ini diperjuangankan oleh parti politik PR yang melihat budaya memperniagakan ilmu ini semakin serius dengan ujud universiti swasta seperti cendawan tumbuh sedangkan universiti yang dimiliki oleh kerajaan semakin mengurang kerana dasar kapitalisma kerajaan UMNO BN maka rakyat  berakal bangun menentang prinsip PTPTN  yang salah ini.

Jika PTPTN ini dihapuskan, faedahnya bukan sahaja dikecapi oleh pembangkang malah pihak penyokong kerajaan UMNO BN pun akan dapat menikmatinya.
Oleh itu jika pihak penyokong kerajaan UMNO BN yang hendak juga PTPTN ini diteruskan maka kita melihat yang bijak berfikir ialah pembangkang sedangkan pihak penyokong UMNO BN sama ada bodoh sombong atau cerdik sombong. Dalam erti kata yang sebenarnya mereka nampak kebajikan sebagai maksiat dan maksiat itu sebagai kebajikan!

No comments:

Post a Comment