Monday, 16 April 2012

AKTA MANUSIA SEMUANYA LEMAH DAN FANA(MUSNAH)

Apa sahaja jenis akta ciptaan manusia semuanya lemah dan akan fana. Akta tidak boleh mengawal atau menyelamatkan manusia dari melakukan kesalahan atau jenayah. Akta hanya sesuai diguna pakai oleh orang2 bukan Islam kerana mereka bukan Islam.

Mereka bukan Islam mencipta akta2 ini kerana kefahaman mereka untuk mencegah kesalahan atau jenayah mesti  ada akta untuk membolehkan penahanan atau memenjarakan pesalah. Mereka mencipta akta berdasarkan kepada akal manusia yang tidak berpandukan kepada wahyu Allah.

Akta yang dicipta oleh Allah ia itu al-Quran dan hadith adalah akta yang terbaik di atas muka bumi ini. Tetapi paling malang sekali bagi orang2 Islam yang yang mengaku Islam membaca al-Quran dan hadith tetapi gagal melaksanakan akta ini mengikutnya perintah Allah. Mereka lebih percaya dan yakin dengan akta ciptaan manusia!.
Kesalahan demi kesalahan dan jenayah demi jenayah semakin meningkat walau pun 1001 akta dicipta dan gagal mengawal atau menyelamatkan manusia dari membuat kesalahan dan dosa.

Nabi Muhammad s.a.w adalah sebaik2 contoh seorang pemimpin tertinggi Islam yang tidak pernah mencipta akta tetapi mengunakan akta Allah ia itu al-Quran dan hadith untuk membentuk manusia menjadi baik dan meninggalkan maksiat. Bila manusia berjaya meninggalkan masiat, perbuatan keji seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, menahan manusia sesuka tali dan masukkan mereka ke dalam penjara tanpa bicara, atas alasan mengguna akta apa pun ianya tetapi bertentangan dengan ajaran Islam.

Oleh itu akta yang paling baik untuk manusia kembali menjadi sebenar2 manusia yang beriman lagi bertaqwa tidak lain dan tidak bukan ialah baca, faham dan laksanakan sahaja perintah Allah dengan mengunakan akta al-Quran dan hadith.

No comments:

Post a Comment