Monday, 30 April 2012

AZAB ALLAH DALAM BENTUK KEBANGKITAN RAKYAT

Apakah sebabnya perhimpunan Bersih 3.0 ini diadakan?.
Adakah rakyat Malaysia yang berjiwa sentimental ini suka kepada keganasan?
Kenapa dahulunya rakyat Malaysia tidak kisah dengan apa yang kerajaan buat tetapi sekarang rakyat mula bangkit meluahkan perasaan tidak puas hati dengan cara berdemonstrasi?
Adakah trend demonstrasi ini akan berterusan dan akan menjadi budaya baru rakyat Malaysia meluahkan perasaan?

Bagaimana untuk mengurangkan atau menghapuskan budaya demontrasi ini dari berulang?

Sebenarnya banyak persoalan lagi yang akan timbul bila rakyat Malaysia semakin cerdik dan bermaklumat.

Punca segala masalah adalah berpunca daripada kerajaan semasa yang berkuasa ia itu UMNO BN. Timbulnya budaya demonstrasi ini adalah luahan ketidakpuas hati dengan sikap pemimpin2 yang telah mula memperbodohkan rakyat. Di Negara seperti Mesir. Libya, Tuniasia, Syria yang tumbang adalah di sebabkan pemerintahan kuku besi. Akhirnya mereka musnah di tangan rakyat dan dihukum oleh rakyat, ada yang mati dan ada yang sedang dibicarakan dalam keadaan diri mereka diaibkan.

UMNO BN boleh memperbodohkan ahli2 mereka sahaja  kerana pemikiran mereka setaraf dengan pemimpin2 mereka.

Dalam hadis ada menyebut apabila kemungkaran yang dilakukan secara terang2an dan orang2 yang beriman lagi bertaqwa wajib bangun mencegah atau menasihati pemimpin2 mereka supaya bertaubat dan kembali kepada Allah. Jika pemimpin2 ini gagal untuk kembali kepada Allah kerana masih berdegil mempertahankan maksiat, maka orang2 yang beriman lagi bertaqwa hendaklah putuskan hubungan. Jika gagal hati mereka akan disatukan maka jadilah mereka dan pemimpin2 mereka satu hati dan satu fikir kearah menegakkan kemungkaan. Nauzubillah.

Di antara isu  tercetusnya demonstrasi adalah sikap kerajaan sendiri yang tidak mahu mendengar aduan rakyat dan gagal bertindak untuk menegakkan keadilan. Kedegilan kerajaan ini yang tidak mahu menunaikan janji supaya menjadi lebih mesra rakyat semakin ketara. Tindakan mereka  bak kata pepatah seperti tikus membaiki labu, labu tidak menjadi baik tetapi labu semakin rosak serosak2nya.

Penipuan di dalam senarai daftar pemilih yang diurus dan ditadbir oleh SPR telah banyak menimbul keraguan bahawa kerajaan dan SPR terang2 menipu rakyat dalam pendaftaran pemilih. Rakyat berkehendakkan kejujuran, amanah dan keadilan. Rakyat dari parti pembangkang dan juga rakyat tiada berparti juga mengakui tentang penipuan ini. Mereka bukan rakyat di zaman jahiliah tetapi rakyat yang bermaklumat.

Penipuan adalah haram di dalam Islam dan ditegah oleh agama2 lain. Malangnya yang terlibat dengan penipuan ini pemimpin2 Melayu Islam yang diberi kuasa tetapi menyalah gunakan kuasa untuk terus berkuasa. Kuasa yang mereka amalkan selama ini penuh dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa. Bila rakyat semakin cerdik dan bermaklumat semua perbuatan jahat ini  telah terbongkar dan tidak menjadi dirahsiakan lagi.

Biasanya apa sahaja perbuatan jahat yang dilakukan oleh kerajaan terhadap rakyat, keturunan berikutnya pun akan mewarisi sifat berkenaan. Dalam hal ini setelah 55 tahun merdeka dan kerajaan UMNO BN dahulu kini dan tidak akan selama2nya akhirnya akan tewas ditangan rakyat. InsyaAllah dalam PRU ke 13 ini.

No comments:

Post a Comment