Belajar ilmu Islam adalah mudah. Untuk memahami dan menghayati ilmu Islam seterusnya mengamalkannya adalah pilihan Allah menerusi hidayah. Ramai orang boleh ke universiti menuntut ilmu Islam sehingga ke peringkat PhD tetapi bila bercakap bab Islam pelajar tahfiz madrasah pondok lagi nampak cerdik. Di universiti luar negara seperti U.K, USA, pensyarah agama Islam yang bukan Islam pun ramai. Ada di antara mereka terdiri dari kaum Yahudi. Mereka dapat ilmu tetapi tidak dapat iman. Hadith nabi saw, yang bermaksud, seseorang yang telah Islam dan beriman dengan Allah kemudian bersetongkol dengan kaum menentang Islam atau fasik, Allah akan satukan hati2 mereka mengikut orang2 yang menentang Islam dan fasik itu.
Sebenarnya apa yang dicanangkan oleh UMNO mereka mempertikaikan PAS tidak boleh berkata PAS itu Islam dan Islam itu PAS, kerana mereka mentafsirkan maksud yang salah. Kita tidak bermaksud begitu tetapi apa yang kita maksudkan ialah kita memperjuangkan Islam itu atas platform atau pun kita mengunakan PAS ini sebagai alat untuk mencapai hasrat kita supaya Islam itu dapat dilaksanakan di Malaysia khasnya untuk orang2 Islam sahaja. Untuk memperjuangkan hasrat ini kita mesti melalui parti yang berdaftar secara sah. Ini adalah undang2 negara Malaysia. Oleh kerana kita berjuang untuk menegakkan Islam apa salahnya kita kata mengundi PAS masuk syurga dengan syarat setiap orang yang menyokong PAS wajib taat dengan perintah Allah.
No comments:
Post a Comment