Golongan orang2 Melayu Islam yang mana paling ramai murtad? Orang2 Melayu Islam miskin yang mendapat pendidikan Islam setengah masak dan ramai juga orang2 Melayu Islam yang kaya raya yang mendapat pendidikan Islam juga setengah masak!. Kaya atau miskin jika ajaran Islam tidak dihayati dan diamalkan bersungguh2 akibatnya manusia akan gagal di dunia dan di akhirat.
Islam menjadi alat untuk mendapat sokongan supaya boleh terus berkuasa, maka menepatilah pepatah membujur lalu melintang patah.Inilah yang menjadi pegangan atau dalam istilah mudah menghalalkan cara. Di dalam diri setiap individu pemimpin2 UMNO BN, inilah amalan yang mereka amalkan! Ini adalah juga kesan bila Islam dan politik diasingkan sedangkan politik itu sebahagian dari ajaran Islam. Akibatnya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa menjadi halal dan harus tiada yang haram!
Siapakah yang patut disalahkan? Ibu bapa, masyarakat, kerajaan(ketua kampong, ADUN,
Sistem pendidikan sekular yang dijaja ke sana ke sini mendabik dada UMNO BN telah berjaya membentuk manusia menjadi pandai?Sebenarnya hanya pandai urusan dunia sahaja yang bercampur aduk halal dan haram tetapi gagal segagal2nya bila rakyat berlumba2 ke neraka jahanam!
Pandai tidak memadai tetapi buruk akhlak sesuatu yang paling memalukan? Kesan UMNO BN memerintah selama 55 tahun apa yang kita boleh banggakan dengan akhlak mulia?
Apakah kesan solat lima waktu yang dilakukan oleh orang2 Islam hari ini berjaya membentuk akhlak mulia? Solat yang tidak dapat mencegah kemungkaran, itu bukan solat namanya. Solat yang benar2 solat apabila seorang individu itu berjaya mencegah maksiat. Hari ini manusia bersolat tetapi solat yang dilakukan hanya sia2 sahaja kerana tidak dapat mencegah kemungkaran. Hasilnya maksiat dianggap ibadat dan ibadat dianggap maksiat! Rugi sungguh manusia jenis ini. Siapakah kerajaan yang memerintah? kalau tidak dahulu, kini dan mungkin dikuburkan selama2nya!
Kenapa murtad dipandang ringan oleh UMNO? Kerana di dalam UMNO terdapat Bumiputera Sabah yang beragama Kristian dan sebahagian daripada mereka begitu berkuasa untuk menentukan hidup mati UMNO di Sabah.
No comments:
Post a Comment