Cerita hendak membantu orang2 Melayu menjadi usahawan ini dari mula merdeka sehingga sekarang sudah 55 tahun pun masih tidak habis dan dikitar semula janji2 oleh menteri2 yang silih berganti.
Performance Management and Delivery Unit (PEMANDU), di bawah Economic Transformation Programme(ETC) nama panjang Inggeris nama pendek Melayu dan juga Inggeris, ini sudah tentu kacokan mat saleh Melayu yang dari dahulu, kini dan selama2nya. Sekarang ini kerajaan main mudah sahaja, tidak tahu atau tidak bangga atau susah sangat ke atau tidak selesa ke atau tidak bertaraf dunia ke hendak menguna Bahasa Melayu. Tetapi kebanyakkannya program hendak membantu Melayu. Orang2 Melayu kena belajar B.Inggeris jika hendak menjadi usahawan. B. Melayu boleh berniaga tikar mengkuang sahaja! Itulah jiwa pemimpin2 Melayu sekarang!
Timbalan menteri Jacob Dungau Sagan memberi tahu parlimen sebanyak RM1.35 billion telah diperuntukkan untuk 16 agensi “kroni” di bawah 8 kementerian yang diberi tugas untuk membangun usahawan bumiputera.
“Kroni” pertama Equity Nasional Bhd (Equinas) akan dapat RM700 juta.
Begitulah hikayat Melayu Moden terjun dengan labu2nya. Orang2 bukan Melayu sudah dewasa dan telah maju di dalam perniagaan. Orang2 Melayu masih seperti budak kemetot yang tidak boleh membesar dan masih merangkak2 mencari tongkak untuk berpaut, berjalan2 rebah! Adakah 55 tahun akan datang isu ini dikitar semula dan diulang tayang atau masih adakah lagi” Melayu tidak akan hilang di dunia atau tidak hilang di dunia tetapi hilang di dunia dan di akhirat?
No comments:
Post a Comment