Selepas kemenangan PR dalam PRU 13 ini, satu soalan siapakah yang layak menjadi PM? PAS, PKR atau DAP?
Ramai di antara pemimpin2 PR terutamanya PAS berpendapat kita tawan dahulu Putrajaya kemudian kita fikir siapa PM atau kita fikir dahulu siapa PM dari sekarang dan tentukan keputusan ini sekarang juga?
Pandangan ini nampak mudah tetapi ianya akan menjadi sukar bila kuasa dan wang di depan mata!
Dalam PR parti masing2 ada dasar tersendiri. Dasar yang ada dalam PAS al-Quran dan sunnah(hadith). Hanya PAS yang akan berusaha untuk menghidupkan dasar ini. Kita sebagai rakyat beragama Islam yang berhendakkan dasar ini dilaksanakan tidak begitu pasti ianya akan dilaksanakan dengan mudah atau akan mendapat tentangan dari dua rakan parti yang berlainan dasar itu! Inilah apa yang kita kena fikirkan dan putuskan dari sekarang. Rakyat Islam mengharapkan perlaksanaan hukum2 hudud untuk mengatasi masalah orang2 Islam. Orang2 bukan Islam malah orang2 Islam sendiri di dalam PKR atau DAP mereka menganggap hudud tidak releven dengan masalah mereka,
Pencangahan pendapat ini akan berlarutan seterusnya akan berlaku perpecahan dan akhirnya PAS terpaksa juga kena bercerai dengan PR!. PAS akan berdepan dengan sokongan dan keyakinan orang2 Melayu Islam terhadap perjuangan PAS jika parti yang mereka mengharapkan selama ini gagal melaksanakan hudud atau “melembutkan istilah bertolak ansur” di atas desakkan atau bantahan golongan bukan Islam.
PAS sudah melebihi dari 60 tahun dalam arena politik. Menang kalah sudah menjadi asam garam. Tetapi kemenangan PRU 13 ini akan menentukan PAS mesti menjadi PM dan seterusnya meneruskan perjuangan dasar yang tidak dapat dilaksanakan kerana tidak dapat menguasai Parlimen.
PAS mesti berani dan konsisten jika mahu kekal sebagai parti yang berterasan al-Quran dan hadith. Jika gagal kali ini, PAS belum pasti akan menjadi parti dominan orang2 Melayu Islam untuk selama2nya.
No comments:
Post a Comment