Showing posts with label DI ANTARA BERDEBAT DAN MENYAMAN. Show all posts
Showing posts with label DI ANTARA BERDEBAT DAN MENYAMAN. Show all posts

Saturday, 7 April 2012

DI ANTARA BERDEBAT DAN MENYAMAN

Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, sebagai seorang yang hebat berpidato, Anwar sepatutnya boleh berhujah dengan panjang lebar mengenai perkara itu dan bukannya bertindak menyaman Nallakaruppan.

Di dalam dunia ini ada manusia bodoh sombong dan ada juga manusia pandai tetapi tidak cerdik.

Di antara berdebat dan menyaman yang mana lebih baik untuk menyelesaikan sesuatu masalah? Berdebat tidak ada keputusan kalah-menang atau pun betul-salah. Keputusan hanya berlegar dengan persepsi masyarakat dan tafsiran masing2. Tidak ada kesan dari segi undang2. Hasil atau kesan dari berdebat tamat begitu sahaja. Kebenaran atau pembohongan masih gagal di buktikan dengan jelas dari segi undang2. Perbuatan memfitnah masih dapat diteruskan. “Mahkamah” berdebat tiada ada hakim yang boleh menjatuhkan hukuman atau denda!

Menyaman ada kaitan dengan undang2 yang sah dari segi perlembagaan untuk membuktikan seseorang itu bersalah atau tidak. Menyaman mempunyai kesan undang2 jika diadili dengan jujur dan amanah oleh mahkamah. Mahkamah adalah tempat yang sah dari segi perlembagaan negara untuk membolehkan seseorang itu mendapat keadilan. Keputusan mahkamah ujud sama ada dihukum dengan penjara atau lain2 hukuman atau didenda dengan wang. Mahkamah ada hakim yang sah yang dilantik oleh kerajaan.
Berdebat boleh merapu. Menyaman kena ada bukti. Tiada bukti, siapa yang berani hendak ke mahkamah?