Saturday, 21 April 2012

SAMPAI BILAKAH PEMIMPIN UMNO HENDAK MENIPU MELAYU?

Lagi menteri UMNO tidak faham isu mansuhkan PTPTN. Itulah yang dikatakan sudah sampai tahap nyanyuk. Apalah yang boleh kita diharapkan dari pemimpin2 UMNO BN seperti ini untuk terus berkuasa? Sebab itu jika UMNO BN terus memerintah Malaysia rakyat akan lebih menderita kerana kesan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang berterusan dan wang negara akan terus bocor dan ini akan membuatkan Malaysia boleh bankrap.

IPTS tidak boleh gulung tikar kerana pemansuhan PTPTN.
PTPTN dimansuhkan kepada pelajar2 sahaja. Wang pengajian pelajar2 akan ditanggung oleh kerajaan dan kerajaan PR akan terus membuat pembayaran kepada IPTS.
Bagaimana IPTS boleh gulung tikar?.
Dari mana wang tanggungan ini akan diperolehi? Jawapannya adalah dari wang kebocoran di sebabkan oleh rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang berbilion2 RM yang bocor setiap tahun. Jika wang ini dapat diselamatkan dan diuruskan dengan lebih jujur dan telus, kerajaan akan mendapat banyak wang tambahan dari hasil penjimatan ini dan wang ini akan disalurkan kepada rakyat khususnya pelajar2 IPTS.
Pelajar2 miskin akan mendapat lebih banyak peluang belajar dan beban tanggungan kewangan terhadap anak2 juga dapat dikurangkan ke tahap yang paling minima. Rakyat atau pelajar2 yang menyokong UMNO BN pun sama2 dapat faedah dari kesan pemansuhan PTPTN ini. Semua orang untung kecuali yang bodoh sombong sahaja!

Apa yang kerajaan rugi  jika PTPTN dimansuhkan? Kerajaan tidak rugi apa2 pun jika wang diuruskan dengan jujur dan amanah.

Orang putih kata “common Malaysian people wake-up from long sleeping especially Malays, use your brain to do critical thingking”.
Maksudnya, bangun rakyat Malaysia dari tidur yang lama terutama orang2 Melayu, guna otak untuk berfikir secara kritikal.

www.iman2taqwa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment