Wednesday, 4 April 2012

APA ADA PADA KELULUSAN UNIVERSITI JIKA PERANGAI BURUK?

Orang yang berfikiran sempit dan original Melayu sahaja menganggap pelajaran hanya boleh didapati di universiti. Nabi Muhammad saw dan para2 sahabat tidak pernah pergi ke universiti, begitu juga iman Malek, Hambali, Hanafi, dan Shafei. Mungkin orang2 sekarang memberi alasan dahulu mana ada universiti!

Ilmu itu luas, Boon Siew pengedar Honda, Tan Chong pengedar Nissan tidak pernah pergi ke sekolah begitu juga ahli2 perniagaan Cina lain yang berjaya sehingga menjadi jutawan! Orang2 Melayu menjadi jutawan kebanyakkannya bergantung kepada politik. Boleh buktikan berapa jutawan melayu asli yang berjaya dengan usaha sendiri?

Kebanyakkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dilakukan oleh keluaran universiti yang memegang kuasa. Apa ada kepada kelulusan universiti yang berjela2 kalau sifat jujur, amanah tidak ada di dalam hati atau tidak ada rasa takut kepada Allah?

Sebab itu setelah merdeka 55 tahun, Melayu masih miskin, mundur, suka kepada hasad dengki. Dalam perniagaan orang2 Melayu, bomoh tidak boleh diketepikan. Jika ada orang2 Melayu yang telah berjaya, mesti ada orang2 Melayu lain yang dengki dan mengunakan bomoh kafir(siam) dan lain2 untuk merosakkan perniagaan sebangsa dan seagama yang telah berjaya dan akhirnya orang2 yang menggunakan bomoh itu pun bankrup juga.

Dalam politik UMNO juga sama, cantas mencantas dalam perebutan menjadi ketua cawangan, bahagian dan seterusnya diperingkat nasional, perangai buruk dan tidak kejantanan(gentleman) masih tebal dan sukar dihapuskan. Fitnah memfitnah adalah berdosa besar serupa dosa membunuh. Tetapi berapa ramai orang2 Melayu Islam faham tentang  perkara ini. Fitnah itu seperti awan hitam yang beracun yang akan memusnahkan amalan baik manusia.  Kemanakah perginya kasih sayang sesama Islam. Janganlah kita mendabik dada mengatakan Malaysia negara Islam kalau amalan Islam yang sebenar masih jauh?

No comments:

Post a Comment