Sunday, 15 April 2012

TALIAN HAYAT TERAKHIR SEBELUM MATI

UMNO sekarang cukup tersepit dengan 1001 isu2 yang mereka cipta dan akhirnya mengantung diri sendiri. Kenapa UMNO bermati2an memfitnah, menimbulkan isu2 yang kononnya merekalah yang hero mempertahankan institusi raja2 dan masa yang sama mereka biadap terhadap raja2 Melayu.

Tahun 1993 di bawah bekas Dr. M mereka pinda pelembangaan melondehkan atau melucutkan kekebalan raja2 Melayu. Semasa PRU 12(2008) mereka menghina sultan Trengganu atau agong pada waktu itu dengan kain rentang “natang” kepada baginda.

Sokongan rakyat terutamanya orang2 Melayu semakin mengucup dan sokongan orang2 bukan Melayu hanya tinggal 0.001% sahaja terhadap UMNO.

UMNO semakin gelabah! Apa yang mereka boleh berpaut lagi atau untuk selamatkan diri yang sedang lemas atau nazak? Hanya satu sahaja pautan yang kononnya boleh bernafas ia itu dengan mengunakan institusi raja2. Mereka bukan main galak lagi dan cukup fobia dengan “Daulat Tuanku” yang dijaja ke hulu ke hilir dengan pelekat belakang kereta seolah2 merekalah yang hero mempertahankan institusi raja2! Adakah mereka fikir raja2 akan percaya dengan UMNO untuk mempertahankan institusi raja2.

Adakah anak yang dahulunya dimanjakan akan membela ibu bapanya atau anak yang dahulunya disisih, akhirnya anak itulah yang berkhidmat untuk ibu bapa yang telah tua dan uzur!

UMNO tidak akan peduli dengan raja2 jika tiada faedah yang boleh diperolehi dari raja2. Mereka akan bergayut semasa susah sahaja. Bila mereka senang merekalah yang akan mencerca raja2 sehingga berlaku krisis perlembagaan 1993!
Krisis rampasan kuasa kerajaan Perak tahun 2009 juga membuktikan mereka akan mengunakan raja untuk terus hidup, walau pun mereka tahun perbuatan itu haram dari segi perlembagaan. Di dalam Negara demokrasi, rakyat yang menentukan kerajaan bukannya mahkamah.

No comments:

Post a Comment