Tuesday, 10 April 2012

PTPTN DAN PLKN KEDUA2 MESTI DIMANSUHKAN


Di antara PTPTN dan PLKN yang mana lebih menafaat kepada rakyat?
Mereka yang mendapat pinjaman PTPTN sudah tentu mereka yang layak mengikuti pengajian di IPTS atau IPTS. Mereka ini sudah ada jaminan akan memperolehi ijazah di pelbagai bidang dan akan bekerja. Mereka juga akan menjadi warganegara yang bermenafaat dan berguna kepada pembangunan negara, agama dan bangsa. Dalam masa yang sama mereka juga akan menyumbangkan kepada pendapatan negara bila mereka layak membayar cukai.
Oleh itu mereka ini adalah aset negara jangka masa panjang. Apabila mereka menjadi aset negara, mereka ada nilai kepada rakyat dan negara selagi mereka bekerja dengan jujur dan amanah kecuali yang disalah didik menjadi perompak, penyamun dan sebagainya. Itu bukan salah ibu mengandung tetapi salah bapa(kerajaan) yang mendidik mereka. Mereka semestinya dibantu dengan kewangan percuma dalam pengajian mereka kerana mereka ada jaminan menjadi warganegara yang baik dan tidak banyak memberi masalah kepada agama, rakyat dan negara.

Mereka yang mendapat kursus PLKN sudah tentu mereka yang lepasan SPM dan mereka dipilih secara rawak. Ada yang cemerlang, cukup makan dalam SPM. Yang cemerlang mungkin ada peluang ke IPT dan cukup makan atau yang tercicir akan merayau menjadi mat rempit atau melalak ke sana sini mencari pekerjaan yang sesuai dengan gaji yang lebih rendah dari pekerja asing. Akhirnya ada yang terjebak dengan maksiat dan lain2 amalan yang terkutuk.

Pendidikan atau pelajaran adalah sesuatu yang sangat berguna kepada diri manusia itu sendiri, agama, masyarakat dan negara. Sedangkan kursus yang anjurkan oleh PLKN dan pelatih  dibayar pula dengan elaun  selama 3 bulan dan akhirnya bila tamat kursus jadi kutu rayau. PLKN pembaziran wang rakyat.

Perbelanjaan PLKN jangka masa panjang adalah lebih tinggi dari PTPTN. Adalah lebih baik PLKN ini dimansuhkan dan wang peruntukkan itu disalurkan kepada bantuan percuma kepada para pelajar IPT.

No comments:

Post a Comment