Wednesday, 4 April 2012

CONTOH MAHASISWA BERANI

Adam Adli Abd Halim seorang mahasiswa yang berani. Beliau sepatutnya menjadi mahasiswa contoh. Perjuangan menegak keadilan mesti mempunyai semangat yang kuat, tidak boleh berputus asa. Mereka yang bersifat terkeji kerana hasutan syaitan sahaja tidak boleh menerima sifat terpuji seperti jujur, amanah, tidak tamak dan sifat yang hampir pupus di zaman ini ia itu sifat ikram muslimin(kasih sayang dan simpati dengan orang yang menimpa kesusahan).

Kehadirannya beliau semasa operasi pecah unit kosong Rumah Pangsa Empat Tingkat Kampung Kerinchi, kelmarin 3 Apr 12 hanya hendak melihat apa yang sedang berlaku. Tetapi ada pihak yang menganggap beliau akan menjadi pengacau kepada DBKL melakukan pecah rumah.

Inilah aktivis masa depan dan kita hendakkan ramai lagi pemuda seperti ini untuk negara Malaysia bagi memulihkan sistem demokrasinya sudah rosak teruk setelah merdeka 55 tahun. Pemimpin2 negara di masa hadapan memerlukan orang2 yang berakhlak mulia. Rahmat dan keberkatan sesebuah negara itu bergantung kepada pemerintahan yang diredhai Allah.

Orang yang hendak menegak kebenaran dan keadilan memang susah hendak ditemui di zaman sekarang. Orang yang hendak hidup senang lenang dengan wang haram memang ramai dan sedang menunggu peluang seperti buaya di sungai!

No comments:

Post a Comment