Sunday, 22 April 2012

IBLIS MUSUH KAMU YANG NYATA TETAPI TETAP MENJADI KAWAN KARIB

Begitu hebatnya DSAI bagaikan seorang panglima perang seperti  saidana Umar al-kattab di zaman Rasullullah sehingga membuat orang2 kafir Quraisy yang disekeling menjadi gentar kerana akan berdepan dengan kematian sesiapa sahaja yang ingin menentang beliau. Dalam peperangan Badar al-kubra tentera Islam di bawah pimpinan Rasullullah yang berjumlah 313 melawan tentera kafir Quraisy yang sebangsa berjumlah 1300 berjaya dikalahkan oleh tentera muslimin dengan terbunuhnya Abu Jahal ketua musyrikin yang bodoh sombong di tangan tentera Islam.

TIBAI ibaratkan tentera berbilang bangsa yang di ketuai oleh Zahid yang mengetuai pasukan berbilang bangsa dan agama(Islam, Krisian, Buddha dan Hindu) berganding bahu ingin menyerang DSAI yang beragama Islam. Langkah-langkah mereka penuh ta’sub, hasad dengki, dendam kesumat dan iri hati.

Iblis yang menyertai kaum musyrikin dengan menjelma sebagai Suraqah bin Malik bin Jaksyam al-Mudlaji telah mendapati kumpulan para malaikat bersama kaum muslimin melawan musuh-musuh mereka. Kaum musyrikin telah cabut lari, dan berpaling tadah, al-Harith bin Hisyam yang memegang orang yang disangka Suraqah telah menendang ke dadanya menyebabkan beliau tersungkur jatuh, kemudian ianya cabut lari, sedang kaum musyrikin melaung: “Ke mana Suraqah? Tidakkah kau mengatakan yang engkau membantu kami dan tidak akan berpisah dari kami?” Jawab Iblis: “Sebenarnya aku telah melihat sesuatu yang kamu tidak melihatnya, aku takut siksaan Allah yang amat pedih itu, Iblis lari dan mencampak dirinya ke dalam laut”.

Iblis tidak mati walaupun mencampakkan dirinya ke dalam laut tetapi tidak boleh lari dari dicampakkan ke dalam  api neraka di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment