Tuesday, 1 May 2012
BILA BERSIH DIKATAKAN KOTOR
Kata seorang menteri cabinet Najib Rais Yatim Bersih “kotor”. Inilah gambaran seorang menteri yang tidak pernah belajar erti bersih. Perbuatan menipu daftar pemilih kepada mereka adalah bersih. 8 perkara yang dituntut oleh Bersih kepada mereka tidak bersih! Itulah tanda2 manusia akhir zaman yang takut kepada maut. Dunia yang mereka diami ini telah melalui pelbagai pengalaman dan sejarah. Ini tidak pernah menjadi iktibar kepada manusia yang bergelar riak, sombong, takbur walau pun sejarah berulang kali melalui pusingan kehidupan manusia yang sezaman Firaun, Hamman, Namrud, Qarun dan manusia lain yang menzalimi diri sendiri atau manusia lain! Di sisi Allah seksaan yang amat pedih sedang menunggu mereka diakhirat. Semua ini adalah kerana kecintaan dunia yang sungguh menebal akibat ajaran Islam dipandang remeh dan menghalang kemajuan dunia? Negeri2 yang ingin menegakkan Islam dianggap mundur sedangkan hakikatnya adalah kemunduran akhlak yang mulia yang memalukan pemimpin2 yang beragama Islam. Islam hanyalah modal politik untuk terus memerintah. Hakikat sebenarnya ialah gilakan kuasa. Kuasa yang diperolehi adalah hasil penipuan yang ditegah oleh Islam. Kesannya akhlak rakyat menjadi haru biru. Jalan penyelesaiannya menjadi buntu sebuntu iman dan taqwa para pemimpin2 sekular.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment