Di sekolah guru melatih berdebat dan seterusnya ke pertandingan berdebat antara sekolah, negeri dan kebangsaan. Debat adalah satu aktiviti yang boleh memberangsangkan otak supaya boleh berfikir sebagai pencadang atau pembangkang. Tajuk juga tidak terhad kepada satu2 isu dan masa juga tidak terhad kepada sekian2 jam. Yang lebih baik adakan debat bersiri bagi setiap isu. Moderatornya juga dari kalangan bukan pro sesuatu parti tetapi jika pro pun kena ambil sikap tidak berat sebelah. Ini yang susah nak jaga emosi. Kadang2 moderator pun terbawa2 dengan emosi yang susah dikawal. Moderator kena bersifat professional tambahan pula ada gelaran PhD didepan. Silap cakap orang kata PhD kangkong atau Phd cari makan.
PM adalah satu jawatan tinggi dalam masyarakat. Rakyat akan berbangga dengan seorang PM yang jujur dan amanah. PM juga kena berani berdebat dengan manifesto parti bukan menikus seperti tikus yang hanya berani curi2 makan bila tuan rumah tidur! Tidak perlu ada perasaan takut jika kita berani kerana benar. Jika takut bermakna PM bukan orang yang jujur dan amanah kerana isu yang akan didebatkan ialah isu kepentingan rakyat.
PRU 13 ini semakin hampIr. Debat yang berbentuk perancangan masa depan negara yang bersifat professional bukan bersifat memfitnah adalah sangat2 penting. Kebongkaran rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa perlu didebatkan dan pehak pembangkang mesti ada bukti2 yang sahih. Pihak pemerintah semasa juga mesti bersedia menepis hujah2 lawan dengan cara professional dan tidak memalukan kerajaan. Soalannya bolehkah kerajaan yang mengamal sifat keji boleh mematikan hujah lawan tanpa nampak bodoh?
Debat bukan nak cari pemenang tetapi yang mencari pemenang ialah rakyat.
No comments:
Post a Comment