Monday, 28 May 2012

MENCERCA DAHULU KEMUDIAN MINTA MAAF? KESIAN MUFTI PERAK

Ilmu saikologi(psychology) adalah ilmu membaca fikiran seseorang. Sifat seseorang itu boleh dibaca sama ada dari segi percakapan, perbuatan atau tindakan. Biasanya orang tersasul atau beremosi dengan sesuatu isu  boleh terlupa kepada diri sendiri dan jika dia seseorang yang berkedudukan dalam masyarakat boleh membuat masyarakat menyayangi  atau membenci dia.  Jangan dedahkan diri sendiri kepada kebencian rakyat!

Pendapat seseorang itu boleh ditafsirkan berdasarkan ucapan atau perbuatan yang diluahkan. Rujukan kepada seseorang yang terkenal seperti ahli fakwa mana2 negara telah ditafsirkan secara menyeleweng kerana kononnya untuk menguatkan hujah pada hal fatwa itu tidak bermaksud begitu. Begitu juga dengan majlis fatwa kebangsaan yang berfatwa Bersih 3.0 haram. Memperjuangkan kebaikan dengan cara berdemonstrasi kerana semua jalan perbincangan menemui jalan buntu dianggap haram?

Muzakarah? Islam sudah berusia lebih 1400. Amalan Islam masih ditahap gagal untuk dilaksanakan. Apakah muzakarah untuk melaksanakan segala ajaran al-Quran dan hadith atau muzakarah mencari formula perpaduan Melayu yang  berasaskan bangsa atau Islam?

Hendak menjadi orang tengah mestilah adil dan tidak pro mana2 parti. Begitu juga hendak menjadi pengerusi siasatan Bersih 3.0 juga kenalah dilihat dan berbaur bersih. Jika awal2 lagi telah mengeluarkan anggapan negetif, bolehkah menjadi pengerusi yang adil lagi bersih?

Muzakarah dalam Islam hanyalah dibolehkan kepada isu cabang2 bukan isu pokok  dalam Islam. Hukum2 wajib dilaksanakan telah jelas. Muzakarah hanya boleh dilakukan bagaimana kita hendak melaksanakan hukum2 yang wajib ini tanpa ada alasan negara majmuk atau orang2 Islam belum faham dan sebagainya.

Jawatan mufti bukan jawatan exco parti tertentu. Jawatan itu jawatan mulia tetapi jangan menjadi hina kerana pemegangnya telah menghina diri sendiri di khalayak rakyat.

Bercakap biarlah semua pihak senang hati dan boleh menerima kedudukan seorang mufti. Bukan menghina dahulu kemudian kita bercakap muzakarah atau mencerca dahulu kemudian meminta maaf? Dalam soal ini rakyat dapat menilai kemulian atau kehinaan seseorang mufti!

No comments:

Post a Comment