Saturday, 19 May 2012

UMNO SEMAKIN KUAT ATAU SEMAKIN NAK REBAH?

Pokok pisang biasanya bila muda dan belum berbuah batangnya semakin kuat tegak. Tetapi tegak ini bergantung kepada produk ia ia itu buah. Bila tidak berbuah tuan punya pun tidak senang hati, sampai masa tebang. Bila berbuah pun ia akan korban juga sama ada patah batang atau jika buah terlalu berat atau bila buah dah tua nasib kena tebang tetap akan dijalankan. Tetapi kegunaan pisang ini tetap berpanjangan sehingga hari khiamat kerana emak mati kena tebang dan akan disambung oleh anak2 pula. Hakikatnya pokok pisang tidak akan pupus sehingga hari ini pisang tetap pisang walau pun berjuta emak dia telah korban!

Berlainan dengan parti kalau sudah busuk, walau pun ada anak2 bila orang sudah tahu keturunan busuk siapa pun tidak mahu walau pun diberi percuma. Begitulah nasib parti. Pantun Melayu yang popular, pisang emas dibawa belayar, masak setandan dalam peti, hutang emas boleh dibayar,  UMNO semakin lemah pasti PRU 13 ini akan dikubur mati.

Dua pegawai tinggi polis Datuk Fauzi(bekas Ketua siasatan jenayah) dan Datuk Ramli(bekas Ketua siasatan jenayah komersil) dah masuk PAS dan dengar kata ramai lagi nak masuk PAS bila bersara dan bekas menteri cabinet TS Kadir belum masuk PAS lagi tetapi dah cakap ikut keturunan pembangkang! Apakah mereka ini melihat UMNO tiada masa hadapan lagi atau ada penyakit mudah berjangkit yang semua orang mula menjauhkan diri?

Selagi bapa hidup banyak wang dan harta semua anak2 akur dengan bapa. Bila bapa mulai tua dan kerap sakit ada anak2 yang dah mula kira harta faraid. Kalau ikut faraid itu baguslah. Ada yang macam penyamun tarbus cerita P.Ramlee, satu untuk kau, satu untuk aku, satu untuk kau, tiga untuk aku.
Begitulah bila Islam hanya tinggal pada nama. Amalan pun dah berubah.

No comments:

Post a Comment