Wednesday, 2 May 2012

DEMOKRASI BUKAN PERCUMA

Kos selenggaraan sistem demokrasi terlalu mahal. Dari raja2 sehingga PM, menteri timbalan menteri, setiausaha, ahli parlimen, ADUN, ketua kampong dan pelbagai jawatan lagi semuanya ada gaji dan elaun dan ada pencen! Termasuk juga selenggaraan kediaman, kenderaan mewah dan pelbagai kemudahan lain yang rakyat biasa tidak akan menikmati sehingga mati atau dunia khiamat!

Dari mana datang wang ini tentulah dari kocek rakyat dalam bentuk cukai yang dikutip setiap tahun. Selain ketirisan dan pembelian sebatang pen yang berharga RM40, inbois bertukar kepada RM400 sehingga pembelian kapal selam, kapal terbang semuanya ada mashuk dan adalah perkara biasa di dalam pembelian kerajaan . Ini yang dapat didedahkan oleh Ketua Audit Negara dan yang tidak dapat dikesan berapa billion RM telah hanyut dibawa arus deras yang meranapkan apa sahaja mahluk kerdil yang menghalang seperti kita rakyat  jelata!

Untuk mengadakan pilihanraya umum(PRU) atau pilihanraya kecil(PRK) memerlukan wang, masa dan tenaga yang banyak. Dari mana wang ini datang tentulah dari kocek rakyat. Bila wang dari kocek rakyat berpindah kepada perbendaharaan negara, itu urusan PM dan menteri kewangan. Kebetulan kedua2 jawatan dipegang oleh PM. Betapa senoroknya menjadi PM!

Bila ada kematian wakil rakyat, pihak kerajaanlah yang akan menaburkan wang yang banyak kepada rakyat untuk mempertahankan atau mengambil semula kerusi yang ada atau yang telah kalah ini hendak ditawan semula. Ini dinamakan politik wang bukan rasuah wang!

Adakah wang, masa dan tenaga ini akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah swt? Jawapannya kena tanya majlis fatwa kebangsaan kerana mereka lebih arif dalam hal ehwal Islam. Setiap rakyat dilahirkan otomatik dikurung oleh sistem ciptaan Inggeris yang sudah berkurun2 diamalkan. Rakyat terpaksa hidup di dalam sistem ini untuk berapa lama lagi?  mungkin sehingga dunia khiamat atau kematian yang menjemput. Mana yang dahulu. Rakyat terpaksa hidup dalam sistem ini kerana tiada pilihan.  Sebab semua pemimpin dan rakyat telah selesa dengan sistem ini? Cerdik pandai Islam malas hendak memikirkan sistem perundangan Islam yang tidak menyenangkan pelaku maksiat!. Umat Islam berpecah belah sesama sendiri sehingga bab hukum hudud pun kita dalam pertikaian. Punca utama ialah umat Islam  telah selesa dengan demokrasi ciptaan Inggeris yang terlalu liberal atau istilah yang lebih tepat halal dan haram bila perlu boleh menjadi harus!
Arak haram disisi Allah tetapi halal disisi kerajaan kerana kerajaan boleh menghalalkan yang haram dengan megeluarkan lesen.

Siapakah yang berani merubah sistem kuno ini yang jelas dicipta oleh bukan Islam(bila sebut barat itu adalah keterlaluan kerana mat saleh pun ramai Islam). Mereka mencipta sistem ini kerana mereka bukan Islam. Sistem ini dicipta sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw lagi dan mereka tidak tahu apa itu ilmu tauhid kerana mereka penentang Nabi2 yang terdahulu bukan kerana mereka tidak faham tetapi suka kepada sifat pekak, bisu dan buta hati. Akakah kita pengamal sistem demokrasi ini dalam ketegori sama seperti mereka?

Untuk renungan umat Islam. Siapakah kita ini yang sebenarnya?

No comments:

Post a Comment