Sunday, 27 May 2012

BR1M PUSINGAN KE 2 RM500 DAPAT MENGURANGKAN BEBAN RAKYAT?

Teori baru hasil thesis Phd UMNO BN, dengan RM500 dapat membantu masalah beban perbelanjaan harian untuk lima tahun?. Bantuan peneroka RM15,000 dibayar 3 kali juga dapat membantu beban kewangan. Bantuan buku teks sekolah RM200 juga begitu. Inilah menteliti galakan subsidi. Dalam masa yang sama kerajaan UMNO BN kata rakyat tidak boleh bergantung kepada subsidi. Siapakah yang mengalak subsidi dan dalam masa yang sama menyalahkan subsidi yang mereka sendiri cipta?

Boleh selesaikah dengan taburan wang yang sebegini banyak tanpa ada usaha untuk mengurangkan harga barang keperluan seperti beras, tepong, gula, minyak masak, ayam, daging yang naik mengila tanpa boleh dikawal secara praktikal oleh kementerian pengguna?  

Senarai harga yang ditetapkan di atas kertas oleh kementerian itu yang jelas hanya teori untuk dibaca! Hakikat sebenar dengan bersepahnya pasar2 di Malaysia yang menaikkan harga barang sesuka hati, mampukah kementerian mengawal secara pemeriksaan mengejut? Bila pegawai2  balik barang dinaikkan semula!

Bila hampir PRU 13 ini wang yang ditaburkan oleh kerajaan UMNO BN kepada rakyat atas nama bantuan BR1M, projek mi segera dan pelbagai umpan untuk memikat hati rakyat terutama orang2 Melayu memang tidak menasabah. Amalan ini boleh buat Malaysia bankrup!

Kenapa kerajaan tidak berani untuk menurunkan minyak petroleum, minyak masak, barang2 keperluan harian? Sebab utama kerana syarikat2 ini banyak membantu UMNO BN dalam pilihanraya?

Kerajaan gagal mengurus dan mentadbir negara secara bijak dan menasabah kerana sifat2 jujur dan amanah telah dirosakkan. Ini telah menyebabkan  politik menjadi kotor dengan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Cara mengurus dan mentadbir sebegini jika diteruskan boleh membuat negara muflis. Di takdirkan UMNO BN terus berkuasa selepas PRU 13 ini rakyat akan bertambah menderita kerana BR1M tidak akan diteruskan, harga barang2 akan melambung naik, petrol akan naik kerana sebelum pilihanraya mereka telah mengeringkan perbendaraan negara dengan lambakkan bantuan dan projek mi segera. Untuk mengisi semula kantong yang kosong dan untuk membalas budi syarikat2 yang telah membantu mereka kepada dana pilihanraya tidak ada jalan lain cukai barang2 dan perkhidmatan akan dihidupkan semula. Sekarang cukai ini hanya ditangguhkan kerana mendapat bantahan dari pembangkang.



No comments:

Post a Comment