Kelemahan undang2 sistem demokrasi yang diamalkan oleh umat Islam yang liberal telah menghasilkan 1001 macam masalah kepada umat Islam. Undang2 yang dicipta oleh manusia yang serba lemah ini bila dipraktikkan atau diamalkan sebagai undang2 negara telah membuktikan menjerat umat Islam sendiri. Kelemahan undang2 yang berkaitan dengan hak asasi manusia cukup lemah dan terdedah kepada cabaran oleh pihak2 tertentu terutamanya warganegara bukan Islam dan atas nama kebebasan hak asasi manusia.
Perkara yang haram dalam Islam tidak dapat dicegah kerana peruntukan undang2 sivil yang sedia ada boleh dicabar bila2 masa sahaja oleh mereka yang bukan Islam. Di manakah maruah pemimpin2 Islam apabila setiap kali kes yang dibicarakan melibatkan perkara haram kalah kepada bukan Islam! Contoh yang jelas kes murtad dan kes kebebasan LG (lesbian, gay dan lain2-akan dicabar melalui undang2 yang sedia ada). Paling malang ada pemimpin2 bersetongkol kerana untuk mendapat sokongan undi mereka, ada pemimpin2 Islam akan mengadai prinsip Islam kerana mempertahankan hak kumpulan ini dalam melakukan perbuatan haram. Pemimpin2 jenis ini jika ada, umat Islam wajib menentang mereka dan singkirkan mereka dari memegang sebarang jawatan dalam kerajaan.
Kita terasa terhina dan dimalukan oleh bukan Islam dengan undang2 sivil ini. Kesannya jelas umat Islam dan agama Islam menjadi sangat terhina dibumi sendiri! Apalah erti kemerdekaan jika pemimpin2 Islam sendiri yang kita mengharapkan dapat melindungi umat Islam dan agama Islam tetapi sebenarnya menjadi orang suruhan kepada penjajah! Mereka telah diasuh dan dilatih menjadi penjajah baru yang menjajah bangsa sendiri dan membuka ruangan untuk dijajah dan kali bukan Inggeris tetapi lebih dahsyat dari itu amalan Yahudi. Kita menentang Israel dan Yahudi tetapi amalan mereka masuk melalui alam maya ke peti TV di rumah orang2 Islam. TV adalah satu alat moden yang baik tetapi bila tidak dikawal maka jadilah TV alat membiak maksiat.
Apabila Pakatan Rakyat memerintah insyAllah selepas PRU 13 ini, semua bentuk penyiaran wajib ditapis oleh mereka yang beriman dan bertaqwa. Jangan biarkan mereka yang dikatakan Melayu Islam tetapi sebenarnya berjiwa Islam Hadhari menjadi ketua2 atau menteri2 yang bertanggungjawab kepada pembentukkan akhlak umat Islam bukannya menjadi hamba kepada ekonomi kapitalis!
No comments:
Post a Comment