Sunday, 13 May 2012

ADAKAH WAJIB BERMUZAKARAH

Apa yang hendak disibukkan dengan muzakarah. Halal itu jelas dan haram itu jelas. Nabi bersabda, maksud hadith umat Islam tidak akan sesat jika amalkan dua perkara iaitu ajaran al-Quran dan Sunnah(hadith) Nabi Muhammad saw.

Dua petunjuk ke arah kebaikan itu telah jelas dan nyata kenapa perlu kepada muzakarah lagi? Penipuan nama2 pemilih dalam SPR adalah haram. Apa alasan yang hendak di muzakarah lagi? Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa itu haram. Apa yang hendak dimuzakarah lagi? Ini bukan soal ranting Islam yang perlu kepada muzakarah. Ini hukum jelas yang wajib semua umat Islam patuhi.

Hudud adalah perintah Allah swt yang telah jelas wajib dilaksanakan. Arak, judi, zina, aurat adalah haram diminum, dilakukan dan didedah. Apa perlu kepada muzakarah lagi? UMNO dan PAS wajib duduk bermuzakarah bagaimana hendak melaksanakannya bukan duduk nak berhujah ini hudud PAS tak boleh dilaksanakan dan mana dia pula hudud UMNO yang boleh dilaksanakan!.

Setelah 55 tahun merdeka isu2 sebegini masih dalam perbalahan. Ini isu2 yang melibat syurga dan neraka. Sepatutnya semua umat Islam sudah berada di dalam satu jemaah Islam yang menerima dan mengamalkan semua ajaran Islam. Tetapi malangnya kerana parti yang pro sekular ia itu UMNO masih memberi pelbagai alasan untuk tidak menerima perintah Allah kerana hati telah terpikat dengan parti ciptaan Inggeris yang mengamalkan demokrasi dan menerima pakai perlembagaan Westminster dan suka kepada kehidupan bercampur antara Islam dan mat saleh maka sehingga dunia khiamat pun UMNO tetap akan main tarik tali.

Untuk menyelesaikan isu ini cara yang terbaik, InsyaAllah rakyat wajib membuat pembaharuan dengan memiih kerajaan baru PR. Kita beri peluang kepada PR dalam PRU 13 untuk menubuhkan kerajaan untuk lima tahun akan datang dan dalam proses itu rakyat akan menilai keberkesanan dari segi ketelusan, kejujuran, amanah dan keikhlasan pemimpin2 baru PR menerajui negara Malaysia.

Beri peluang kepada PAKATAN RAKYAT untuk memerintah Malaysia. Amiin.

www.iman2taqwa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment