Friday, 25 May 2012

JAWATAN PM TERGUGAT?

Bumi ini milik Allah. Dari utara ke selatan dan dari timur ke barat. Tidak ada satu bumi pun manusia boleh mendabik dada, ini negara aku punya. Begitu juga Islam, tiada ada bangsa hendak mendabik dada Islam ini agama bangsa Melayu punya!

Sejarah telah berlaku bilamana manusia ingkar dengan larangan Allah maka bala seperti kemusnahan kaum itu atau diterbalikkan negara itu sehingga diganti mahluk lain. Semua ini ditadbir dan diuruskan oleh Allah swt yang maha perkasa(bukan Perkasa yang ada di Malaysia-mahluk yang lemah dan sepatutnya ditukar ke nama lain-tiada ada manusia yang perkasa, sama juga tiada manusia yang layak guna istilah “maha”.

Malaysia menjadi rumit dengan bukan Islam kerana di bawah UMNO BN dakwah tidak ujud sebagaimana sunnah Nabi saw berdakwah siang malam supaya semua manusia dapat mentauhidkan Allah swt. Sebelum dan selepas merdeka tugas kerajaan UMNO hanya membangunkan dunia yang fana ini tanpa memikirkan bagaimana untuk membangunkan Islam supaya semua bangsa dapat beriman.

Akibatnya apa yang kita hadapi sekarang, mereka yang bukan Islam bertambah berani menuntut itu dan ini kerana mereka juga berfikir bagaimana hendak menjadi tuan kepada orang2 Melayu Islam kerana survival anak cucu mereka di bumi Malaysia.

Mereka telah berjaya mendapat Singapura kerana kelemahan UMNO dan Singapura sekarang bukan negara Islam dan menjadi ancaman kepada Malaysia kerana kawan karibnya Amerika dan Israel.

Walau pun Inggeris dipersalahkan membawa mereka masuk tetapi Inggeris telah tiada tetapi pengaruh keInggeris yang sebenarnya telah merosakkan Melayu dan Islam dan yang lebih malang orang2 Melayu Islam sendiri menjadi penghianat kepada bangsa dan agama sendiri.

UMNO sebenarnya telah membuka ruang seluasnya dari segi ekonomi dan politik kepada bukan Melayu. Kesannya orang2 bukan Melayu telah mengambil kesempatan ini menjadi gergasi ekonomi, amalan pelbagai agama yang tidak dapat dikawal sehingga berjaya memurtadkan orang2 Melayu Islam dan dalam masa yang sama menjadi  pengacau dalam politik Malaysia?
Siapakah sebenarnya yang telah belot kepada orang2 Melayu dan Islam? Jawapannya UMNO. PAS belum pernah memerintah Malaysia.

Soal siapa menjadi PM itu memang penting. Tetapi bolehkah orang2 Melayu Islam sekarang boleh menjamin jawatan ini dipegang oleh orang2 Melayu Islam untuk selama2nya kalau tahap Islam di bawah UMNO ini masih enggan mengiktirafkan ajaran al-Quran dan hadith?

No comments:

Post a Comment