Masa berlalu seperti air sungai yang mengalir. Siapa yang perlu kepada air dia akan ambil menafaat dari air boleh minum, memasak, mandi dan lain2 lagi keperluan manusia. Manusia mustahil menyekat air atau masa dari berlalu. Dalam perjalanan masa ini manusia sentiasa rugi seperti surah Asri - demi masa manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali orang2 beriman - itu pun rugi, orang2 yang beramal soleh - itu pun rugi lagi, orang2 yang berpesan2(buat dakwah) itu pun rugi dan akhir sekali orang2 yang untung - orang2 yang buat semua di atas dengan sabar dan kerana Allah swt.
Allah berikan manusia otak dan akal. semua dapat baik orang2 Islam atau orang2 bukan Islam. Tetapi otak Islam, akalnya tidak sama dengan bukan Islam. Orang2 Islam Allah sedia al-Quran dan as-sunnah sebagai pegangan dan panduan hidup bila mengunakan akal sedangkan bukan Islam semata2 otak dan akal.
Perbezaan ini jelas tetapi malangnya manusia Islam gagal mengunakan al-Quran dan as-sunnah kerana kejahilan diri sendiri yang tidak mahu kepada amalan Islam. mereka mengunakan akal samalah juga akal bukan Islam. Bila ini berlaku sesungguhnya manusia sentiasa dalam kerugian walau pun dia kaya di dunia tetapi akan muflis di akhirat. Di dunia ini jika dia pemimpin dia akan menjadi mahluk perosak kepada iman. Rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dipertahankan seolah perkara ini mendatangkan pahala sedangkan hakikat sebenar mendatangkan dosa besar.
Kita tidak boleh salahkan masa. Masa tetap akan berlalu sama ada manusia menafaatkannya atau tidak. Masa itu emas, emas akan musnah. Masa itu iman, iman akan kekal seperti kekalnya kehidupan syurga atau neraka.
Sejarah adalah apa yang ditinggalkan oleh manusia. Kalau Firaun, Namrud, Hamman, Qarun atau Abu Lahab mereka tinggal sejarah keegoan, sombong, takbur dan pelbagai sifat2 terkeji, Nabi2 a.s meninggal sejarah iman, taqwa, tauhid dan pelbagai sifat terpuji. Sejarah seperti masa tidak boleh disekat, tetapi manusia mampu menyekat sejarah Firaun dari berulang jika ada kesungguhan mempertahankan iman. Sejarah kaum Nabi Lut boleh dihalang oleh mereka yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt walau pun di zaman sains dan teknologi.
Masalah manusia Islam hari ini mereka membaca al-Quran dan mereka jahil as-sunnah. Membaca al-Quran atas nama dulu dipanggil pertandingan kemudian musabaqah dan yang terbaru belum ada yang terbaru ia itu tilawah al-Quran. Semua ini dilakukan atas nama menghidupkan Islam tetapi sebenarnya mempersenda2kan al-Quran. Al-Quran bukan untuk diperdengar siapa yang paling sedap dan bertajwid yang betul tetapi isi kandungan al-Quran itu yang wajib dilaksanakan bersesuai dengan pengakuan kita sebagai orang2 beriman lagi bertaqwa kepada Allah swt.
No comments:
Post a Comment