Saturday, 12 May 2012

PERBEZAAN MANUSIA BERIMAN DENGAN SYAITAN

UMNO atau Perkasa janganlah menjadi manusia yang paling sibuk atau fobia dengan PAS dalam hal nama yang ada pada PAS ia itu Islam. Sebenarnya Islam itu bukan bergantung kepada parti tetapi bergantung 100% pada penganutnya yang berjaya mengamalkan cara hidup Islam. Di zaman Rasullullah s.a.w baginda telah berjaya membimbing para2 sahabat kepada iman dan taqwa dan yakin dengan Allah s.w.t 100%.

Dahulu tidak ujud parti2 yang memperjuangkan Islam tetapi Islam berjaya di dalam politik dan amalan Islam yang dipimpin oleh Rasullullah saw. Baginda berjaya mengeluarkan manusia yang mensyirikkan Allah kepada mentauhidkan Allah. Inilah perjuangan yang sebenar yang dikehendakki oleh Allah.

UMNO atau Perkasa sepatutnya sibuk dengan usaha menarik umat Islam ke arah kehidupan cara Islam cara Nabi Muhammad saw bukannya menyebuk atau sakit hati kepada PAS kerana memperjuangkan ke arah  Islam yang sebenar. Terlalu banyak usaha yang sepatutnya dibuat atau dibantu oleh UMNO atau Perkasa untuk kemajuan Islam. Bukan mengujudkan hasad dengki, fitnah, memperlecehkan usaha PAS untuk melaksanakan hudud dan yang lebih malang memperlecehkan usaha PAS untuk merealisasikan kehidupan Islam dan memburuk2kan usaha PAS ini di khalayak bukan Islam.

Kerana terlalu sibuk dengan urusan parti lain, maka masalah murtad tidak dapat selesaikan tetapi mendakwa kononnya UMNO dan Perkasa telah berjaya menjadikan Malaysia negara Islam!

Masa berubah keadaan juga berubah. Sepatutnya umat Islam tidak terjebak dalam mana2 sistem parti tetapi disebabkan umat Islam semakin jauh dari ajaran Islam setelah beribu tahun meninggalkan ajaran Nabi Muhammad saw. Umat Islam semakin lalai kerana keujudan pemimpin2 sekular yang gilakan kehidupan dunia dan kuasa.

Orang2 bukan Islam ia itu Inggeris yang nampak kelemahan umat Islam telah menjajah atau melindungi atau menaungi Malaysia maka perbagai sistem telah muncul mempergaruhi umat Islam di antaranya sistem Demokrasi yang berjaya diperkenalkan oleh mereka. Sebenarnya sistem demokrasi yang diperkenalkan oleh Inggeris ini adalah satu sistem yang paling buruk yang ditinggal oleh Inggeris untuk umat Islam. Sistem ini telah merosakkan umat Islam. Sistem ini telah memisahkan Islam dan politik. Kesannya cara pemerintah menjalankan kuasa, terang2 memisahkan politik dari Islam dan hasilnya rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ujud kerana kerana pemerintah beranggapan Islam hanya untuk orang2 ibadat sahaja dan amalan pemerintah tidak ada kena mengena dengan Islam! Sistem ini memisahkan agama dari politik juga di amalkan di negara2 bukan Islam. Soalannya setakat mana iman dan taqwa pemimpin2 yang diketogorikan sebagai penganut Islam?

Di dalam keadaan kita yang dilahirkan sudah berada di dalam system demokrasi ini yang sudah sebati dengan kita, usaha hendak keluar dari sistem ini memerlukan kekuatan iman dan taqwa yang tinggi.

Selama 55 tahun merdeka UMNO atau tali barutnya ia itu Perkasa tidak nampak kehebatan Islam kerana mereka gagal menghayati Islam. Segala usaha ke arah mengujudkan negara Islam semuanya ditentang kerana berlainan parti sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak pun berusaha untuk memperjuangkan Islam, cara yang dikehendakki oleh Nabi Muhammad saw.

Jadi kerja UMNO dan Perkasa ini hanyalah membiak penyakit hasad dengki, fitnah memfitnah. Mereka gagal dalam segala2nya dari pemerintahan sehinggalah kepada mendidik umat Islam kepada amalan kebaikan. Sifat jahat hasad dengki, fitnah memfitnah ini sebenarnya budaya dan amalan syaitan.

Inilah yang dimaksudkan oleh nabi Muhammad saw, di akhir zaman akan muncul manusia yang berilmu tetapi mengunakan ilmu untuk menyesatkan umat Islam atau menjadi ulama jahat.

www.iman2taqwa.blogspot.com

No comments:

Post a Comment