Sunday, 6 May 2012

SISTEM DEMOKRASI BAIK ATAU JAHAT


Sistem Demokrasi adalah ciptaan manusia bukan Islam. Adakah kita akan berkata ada demokrasi baik dan ada demokrasi jahat? Sistem Demokrasi yang diamalkan oleh rakyat Malaysia yang beragama Islam sudah terbukti merosakkan sistem kekeluargaan, masyarakat dan negara.

Perpecahan kerana berlainan parti dan ideologi membuktikan sistem demokrasi ini sebagai virus yang menyebarkan penyakit kerosakkan ahklak dalam masa yang sama  merosakkan sistem kekeluargaan, masyarakat dan juga negara.

Berapa ramai keluarga yang berpecah kerana berlainan parti. Suami isteri bercerai kerana berlainan parti dan masyarakat berpecah kerana berlainan parti. Fitnah menjadi mainan pihak2 yang ingin menjatuhkan lawan sedangkan fitnah lebih dahsyat dari membunuh saudara Islam sendiri. Ajaran Islam diketepikan.

Adakah kita akan berkata lagi banyak parti lagi bagus kerana banyak pilihan. Perlu diingatkan kita adalah penganut agama Islam dan kepercayaan dan keyakinan kita tidak boleh lari dari prinsip ketuhanan ia itu mentauhidkan Allah swt.

Ini berlainan dengan fahaman bukan Islam mereka mempunyai prinsip ketuhanan yang sama tetapi berlainan sembahan. Semua fahaman yang bukan Islam mereka boleh mengujudkan tuhan dalam bentuk patung berperut buncit dan bermisai, patung manusia disalib, busut dan pujaan dengan menyembah matahari, bulan dan lain2 lagi.

Apabila sistem Demokrasi ini diagung2kan melebihi sistem Islam yang sebenarnya, maka Allah swt telah menghantarkan satu cabaran atau ujian kepada umat Islam dalam bentuk perpecahan di kalangan umat Islam.Kesan ini Allah hendak menguji kehebatan sistem ciptaan manusia supaya kita dapatkah berfikir dan insaf betapa pentingnya kita kembali kepada fitrah manusia yang sebenar iaitu mentauhidkan Allah swt dengan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar yang telah ditunjukkan oleh nabi Muhammad saw.

Adakah kita masih ragu2 dengan perintah Allah swt? Jika jawapannya ya maka ini menunjukkan iman telah rosak. Jika jawapannya tidak kenapa tidak usaha dari sekarang untuk melaksanakan apa sahaja yang diperintah oleh Allah.

No comments:

Post a Comment